11 Zikir Ini Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia - Abang Terlajak Laris


11 Zikir Ini Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia


Masakan sedap bukan sahaja terletak kepada teknik dan bahan serta cara memasak. Tetapi unsur kerohaniaan yang diterapkan ketika memasak boleh menjadikan satu-satu masakan itu sedap. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi ahli keluarga,

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu atau bapa yang suka memasak untuk keluarganya. 

Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak. Solat sunat apa pun tak kisah, asalkan yang bersesuaian seperti solat sunat hajat, solat sunat Dhuha, atau paling kurang solat sunat wuduk.

#Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

#Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud 
“Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

#Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud
“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."

#Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud 
“Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

#Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud 
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

#Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud
“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Mulakan dengan bacaan Bismilah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Bismilah untuk mendapatkan keberkatan.

Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
 Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Memasak dengan keikhlasan Inn Shaa Allah pasti sedap. Nak mudah amalkan zikir ni.. print dan tampal di dapur. Ataupun masa memasak, pasanglah zikir-zikir lazim atau zikir munajat. Inn Shaa Allah, jika telinga sentiasa mendengar zikir, lama-kelamaan lidah akan terbiasa mengikut.. Jom... kita amalkan bersama dalam usaha membentuk keluarga bahagia.

Dipersilakan share, semoga artikal ini memberi manfaat untuk semua. 

Sumber: Facebook

No comments

Powered by Blogger.