3 Langkah Mudah Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri - Abang Terlajak Laris


3 Langkah Mudah Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri


Abang percaya ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri kan? Tapi tak tahu nak bermula daripada mana kan? Abang terbaca satu formula dikongsikan Tuan Irfan Khairi. Formula tersebut diberi nama Langkah 3P. 

P – PRODUK

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.

Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?

Untuk perniagaan sambilan, Irfan Khairi galakkan cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.

Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok.

Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.

Contoh:

Kita nampak orang jual simkad macam best jer.

Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.

Itu dia…

Kita belum tentu.

Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.

Saya sendiri pernah hadapi masalah yang sama dulu (2 bisnes tutup kedai tak sampai 3 bulan).

P – PLATFORM

Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.

Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:

Facebook
Instagram
Twitter
Blog
Email
Minisite
Dan banyak lagi…

Irfan Khairi nasihatkan supaya kita mula dengan platform yang kita dah biasa guna.

Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.

Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.

Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

P – PEMASARAN

Produk dah ada…

Platform pun kita dah pilih.

Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.

Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.

Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.

Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

Sumber: FirdausAzizi

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

2 comments:

Powered by Blogger.