3 Perkara Ini Isteri Patut Buat Untuk Menggoda Buat Suami Serah Diri! - Abang Terlajak Laris


3 Perkara Ini Isteri Patut Buat Untuk Menggoda Buat Suami Serah Diri!


Sebagai seorang isteri, tidak semestinya semua perkara perlu dimulakan oleh suami. Sesekali menjadi wanita penggoda buat suami di kamar cinta boleh memberi satu rasa istimewa dan yang ditunggu-tunggu seperti awal-awal perkahwinan dulu. Layanan kelas pertama buat suami mampu membantu membangkitkan keghairahan si suami.

1. Baju Tidur
Hubungan intim di antara suami dan isteri adalah secara spontan atau kena bersedia. Oleh demikian, faktor baju tidur tidak boleh dianggap remeh kerana baju tidur yang nipis sehingga menampakkan sosok tubuh boleh membuatkan suami tidak keruan! Lebih-lebih lagi, baju tidur pada hari ini banyak menampilkan koleksi-koleksi yang cantik penuh ropol dan mainan warna garang seperti merah. Tidak mengapa jika anda lebih banyak koleksi baju kelawar tetapi jangan lupa simpan satu koleksi baju tidur bertali halus, kain lembut yang nipis dan seksi semata-mata untuk suami.

2. Haruman Badan
Pilih haruman manis berunsurkan buah-buahan kerana mampu memberi tindak balas yang cepat dan aktif. Jika anda merasakan memakai minyak wangi adalah satu perkara yang leceh, menyapu kulit dengan losen bukan sahaja membuat anda wangi untuk satu malam tetapi membantu melembutkan kulit apabila dibelai. Jika anda kategori sensitif dengan haruman minyak wangi, jadikan bilik tidur anda sebagai satu ruang yang menyegarkan. Menyalakan lilin wangi atau minyak terapi membantu anda lebih 'bersemangat' tatkala bersama.

3. Ayat Nakal
Kembalikan nostagia ketika zaman bercinta dan di awal perkahwinan dulu dengan ayat-ayat romantis yang pernah anda luahkan. Percayalah bahawa ayat-ayat nakal mampu membuatkan pasangan anda lebih erotik. Kegembiraan di atas kamar tidak semestinya menerusi sentuhan tetapi ayat-ayat nakal yang berbaur seksual juga boleh membahagiakan.

Sumber: Keluarga



No comments

Powered by Blogger.