3 Perkara Penting Perlu Elak Untuk Terus Berjaya Bangunkan Perniagaan - Abang Terlajak Laris


3 Perkara Penting Perlu Elak Untuk Terus Berjaya Bangunkan Perniagaan


Sekarang, apabila saya sudah semakin lama dalam aktiviti bisnes, barulah abang faham ada 3 perkara yang saya sudah berjaya elakkan secara berperingkat. Inilah yang banyak membantu saya.

Apakah 3 perkara ini ?

1 – Blaming ( Menyalahkan )
Mulai hari ini, usah lagi suka menyalahkan keadaan, orang lain dan apa sahaja yang menyekat usaha kita. Sebaliknya lihat kelemahan diri dan perbaiki apa yang boleh secara perlahan-lahan. Tukar menyalahkan kepada membetulkan atau memaafkan. Ya faham, ini memang sukar.

2 – Excuses ( Beralasan )
Mulai hari ini, belajar untuk tidak memberi alasan kepada diri untuk melakukan sesuatu. Memberi alasan terhadap sesuatu hanya penyedap hati sendiri pada waktu itu. Tukarkan beri alasan kepada memberi cabaran. Cabarlah diri sendiri untuk melakukan apa yang tidak pernah dilakukan.

3 – Complaining ( Merungut )
Mulai hari ini, cubalah untuk kurangkan rungutan terhadap apa sahaja. Tiada yang indah dan nampak mudah dalam bisnes, semuanya perlu dilakukan dahulu untuk mendapatkan hasilnya. Tukar merungut kepada diam dan melakukan.

Kesemua sikap ini adalah perkara yang mesti kita buang jauh-jauh. Saya sendiri ambil masa untuk membetulkan kelemahan begini. Lama kelamaan ia terbukti membantu cara fikir dan cara bertindak kita untuk jadi lebih baik.

Sumber: Tuan Ikram Al-Banjari

No comments

Powered by Blogger.