3 Petua Menghilangkan Daki Pada Leher, Ketiak Dan Celah Peha - Abang Terlajak Laris


3 Petua Menghilangkan Daki Pada Leher, Ketiak Dan Celah Peha


Mesti ada diantara anda yang berhadapan dengan masalah kesan hitam pada kulitkan? Lebih lebih lagi pada kawasan bawah ketiak, leher dan celah peha. Mesti tak selesakan dengan kesan hitam atau lebih dikenali sebagai ‘daki’ kan? Disini abang kongsikan kongsikan petua untuk anda hilangkan daki di leher, bawah ketiak dan celah paha.

Kapur sireh dan limau nipis
1. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
2. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Buah betik
1. Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus.
2. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air.

Sirih dan beras
1. Kisar segenggam beras sehingga halus.
2. Tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
3. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. 
5. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.
6. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Gel Mandian Aura 7 Bunga memberikan keharuman dan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan anda.


Harga: RM16.00
Order online, Hubungi: Pn. Aida 019 205 5680

No comments

Powered by Blogger.