3 Tips Elak Kucing Buang Air Merata Rata Dalam Rumah - Abang Terlajak Laris


3 Tips Elak Kucing Buang Air Merata Rata Dalam Rumah


Abang nak berkongsi tips bagi mengelak kucing membuang air merata-rata di dalam rumah yang saya perolehi daripada Facebook. Kalau korang ada kucing jenis buang air/berak merata dalam rumah tu cuba guna tips ni. Menjadi tak.

1.Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

2.Toilet Training
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat. Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak atau kencing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

3.Serai
Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur. 

Sumber: Facebook

1 comment:

  1. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.