4 Bahan Semulajadi Ni Mampu Mengecutkan Jerawat Dalam Satu Malam - Abang Terlajak Laris


4 Bahan Semulajadi Ni Mampu Mengecutkan Jerawat Dalam Satu Malam

Abang paling tak suka bila kulit muka ni tiba-tiba berjerawat. Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan. Biasanya jerawat ni naik banyak, masa stress. Betul tak? Sebenarnya jerawat jerawat tu semua boleh je jadi kecut. Senang je guna bahan bahan semulajadi yang biasa ada kat rumah korang je.


1. Madu
Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe Vera
Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais
Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. 

JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.


Susah nak dapatkan madu asli? Boleh dapatkan Madu Asli D'Herbs memang asli.


No comments

Powered by Blogger.