Nak Berbisnes Online Dalam Bidang Kecantikkan? 4 Tips Ni Korang Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Nak Berbisnes Online Dalam Bidang Kecantikkan? 4 Tips Ni Korang Kena Tahu


Pasti ramai nak tahu kan macam mana nak memulakan bisnes dalam bidang kecantikkan. Ok. Kat sini abang kongsikan 4 tips atau cara untuk berniaga dalam bidang ni. 

Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan.

Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita.

Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah.

Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!

Order online, Hubungi/whatsapp agen terdekat anda.

Bagaimana nak bermula?

1. Buat sendiri produk anda dan jenamakan

Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, langkah ini sangat sesuai untuk anda. Cuba gunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling anda dan gabungkan bahan-bahan tersebut menjadi satu produk baru.

Contoh: Anda boleh hasilkan ‘mask’ muka anda sendiri yang diperbuat daripada oat, madu dan herba, kemudian jual secara online. Pada peringkat permulaan, mungkin anda boleh promosikan kepada keluarga atau sahabat rapat. Jika respon yang diterima memberangsangkan, tidak mustahil untuk produk di atas jenama anda sendiri ini bakal diterima di seluruh negara pula.

2. Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran

Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.

Contoh: Syarikat D’Herbs yang dimiliki oleh Datuk Aliff Syukri mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus(kedai).

3. Agen dropship

Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.

Contoh: Kedai online popular WJPHOUSE Online Shop Beauty & Health yang dimiliki oleh Noorain bt Seman membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka dengan yuran pendaftaran hanya RM20. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

4. Cara pemasaran dan medium pembayaran

Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. 

Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. 

Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. 

Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.

Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!

Semoga bermanfaat.

Sumber: usahawan.com

No comments

Powered by Blogger.