5 Amalan Petua Untuk Dapat Bayi Yang Comel Dari Dalam Kandungan - Abang Terlajak Laris


5 Amalan Petua Untuk Dapat Bayi Yang Comel Dari Dalam Kandungan


Gambar atas ni anak saya yang bongsu, Baem nama dia. Comel tak? Bila tengok gambar dia abang terpanggil nak bagi tips kat korang terutamanya yang tengah hamil tu untuk mendapatkan bayi yang comel dari dalam kandungan lagi.  Kita boleh berusaha dan berikhtiar tapi yang mengizinkannya ialah Allah SWT.

1. Amalkan mengaji Surah Yusuf Dan Surah Maryam
Memang elok sebenarnya jika kita membaca al Quran setiap hari. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, tetapi juga untuk melembutkan hati anak yang dikandung. Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda dapat khatam Quran. 

2. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk anda lahirkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam, dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.

3. Minum air kelapa
Digalakkan ibu hamil meminum air kelapa yang asli, terutamanya kelapa pandan. Selain dikatakan kulit bayi menjadi cerah dan comel, ia juga dikatakan boleh melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan. Air kelapa sangat disarankan untuk diminum ketika kandungan memasuki tujuh bulan. JANGAN pula minum ketika di awal kehamilan ya. Bahaya untuk kandungan anda.

4. Makan Telur Ayam Kampung
Telur merupakan antara sumber protein. Tetapi bukan semua jenis telur sumber protein terbaik tau. Sebagai contoh telur ayam yang telah dicucuk supaya membesar dengan cepat. Bila menggunakan kaedah ini, tentu sekali ada bahan kimia yang terlibat. Oleh itu, amalkan mengambil telur ayam kampung sebagai ganti.

5. Tengok gambar bayi yang comel
Saya tidak pasti adakah petua ini berkesan atau tidak. Tetapi saya biasa juga dengar ibu hamil disarankan untuk tengok gambar bayi yang comel-comel setiap hari. Orang lama-lama kata ibu hamil akan kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Entah benar atau tidak, mungkin anda patut cuba dulu kan?

Sumber: diarimama.com

Ibu Susu Kambing diperbuat daripada susu kambing segar yang mempunyai pelbagai khasiat yang telah terbukti sejak berkurun lama lagi.


No comments

Powered by Blogger.