5 Tanggungjawab Suami Isteri Kena Tahu Selepas Berkahwin - Abang Terlajak Laris


5 Tanggungjawab Suami Isteri Kena Tahu Selepas Berkahwin


Semua orang mahu berkahwin? ada ke yang tak nak? Selepas berlakunya ijab dan kabul maka bermulalah tanggungjawab masing masing dalam mahligai yang dibina.Seharusnya pasangan lebih peka dan memperbanyakkan pengetahuan berkaitan persediaan untuk menghadapi perkahwinan. Bukan sahaja dari segi fizikal dan mental, aspek sosiologi dan persekitaran terutama tanggungjawab bersama yang harus digalas selepas berkahwin juga harus dititikberatkan.

1. Kasih Sayang
Merupakan faktor utama dalam mewujudkan persekitaran yang ceria dan harmoni dalam rumah tangga. Perasaan ini boleh ditonjolkan melalui pertuturan, perlakuan, pergaulan, sentuhan dan belaian antara satu sama lain. Perasaan ini hendaklah sentiasa dipupuk dalam apa jua keadaan sekali pun.

2. Amanah Dalam Perkahwinan
Suami dan isteri haruslah memegang amanah iaitu saling menjaga dan memelihara perkara-perkara yang wajib seperti harta benda, kehormatan diri dan kerahsiaan dalam rumah tangga.

3. Wujudkan Pergaulan Yang Baik
Suami isteri harus mewujudkan pergaulan yang baik antara satu sama lain. Ia menjadi asas kepada pembentukan keluarga bahagia. Persekitaran ini dapat menyuburkan hubungan antara suami isteri dan seterusnya mewujudkan perasaan perpaduan dalam institusi kekeluargaan.

4. Hubungan Kelamin
Selepas diijabkabulkan hubungan kelamin dihalalkan antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan suatu hubungan yang intim. Ia juga dikira sebagai sedekah dan mendapat pahala apabila suami isteri melakukannya.

5. Bekerjasama
Kerjasama antara suami isteri perlulah dipupuk dari semasa ke semasa kerana ia akan meringankan beban tanggungjawab, selain mencapai keharmonian dalam rumah tangga.

Sumber: pesonapengantin.my

Arjuna Maxx. Campuran herba lebih daripada 14 jenis herba dan rempah ratus yang bermutu tinggi dan amat berkhasiat untuk kaum lelaki.


Harga: RM 39.90
Order Online, Hubungi: Hisham (012-663 0604)

No comments

Powered by Blogger.