5 Tips Bantu Masalah Tidur Anak Anak - Abang Terlajak Laris


5 Tips Bantu Masalah Tidur Anak Anak


Anak korang susah tidur? Tidur yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang masa tidur, mudah jatuh sakit, perkembangan otak terbantut dan juga sukar melawan emosi. Selalunya, reaksi ‘mengamuk’ disebabkan oleh mereka lapar atau keletihan.

Cuba 5 tips ini dan lihat, sekiranya ia berkesan untuk anak anda:


1. Awasi pengambilan makanan dan minuman
Jumlah pengambilan makanan yang banyak boleh membuatkan anak anda sukar untuk tidur, jadi berikan anak anda sedikit masa antara makan malam dan sebelum tidur, ini bagi memberi masa untuk makanan tersebut dihadam. Jauhkan makanan ringan dan bergula sebelum tidur, juga minuman ringan yang berkafein, sekurang-kurangnya enam jam sebelum tidur. Elakkan makanan yang menyebabkan gas dalam usus dan juga ketidakselesaan sewaktu mereka tidur. 

2. Suasana rumah yang tenang di malam hari
Selepas makan malam, aktiviti di dalam rumah perlu tenang dan santai seperti mendengar atau menyanyi lagu-lagu, berkongsi cerita dengan anak anda sekiranya mereka telah pandai berkomunikasi dengan baik.

Elakkan masa terluang dengan aktiviti yang ekstrem seperti contoh bermain bola atau aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh. Biasanya, seorang ayah lebih cenderung bermain permainan seperti ini dengan anak-anak mereka. Cuba ajak mereka bermain dengan permainan jigsaw puzzle atau permainan yang cepat membosankan anak-anak anda.



3. Bagi tentang masa bermain
Semua kanak-kanak merasa dihargai sekiranya mereka dimaklumkan terlebih dahulu mengenai apa yang akan berlaku seterusnya. Mereka akan lebih bekerjasama dan akan cuba set di dalam pemikiran mereka bahawa masa bermain atau apa sahaja yang mereka lakukan ketika itu, akan berakhir.

Seperti contoh : “Mama bagi 10 minit saja lagi ok, lepas ni kita tidur ya?”. Pasti akan ada yang meminta extra time bermain, tetapi sebagai ibubapa kita boleh memastikan mereka mendapat extra time yang dijanjikan tapi dengan syarat dan nada yang lembut tetapi tegas, jadi anak anda akan memahami peraturan yang telah anda buat.

4. Hiasi bilik anak anda 
Bilik tidur anak anda seharusnya menjadi tempat yang  mereka boleh merasai keselesaan, kegembiraan dan lebih santai. Suhu yang baik, baju tidur dan hiasan tempat tidur yang boleh memudahkan pergerakkan anda semasa tidur.

Kalau boleh ubah kedudukan katil dan perabot 2 bulan sekali, bagi memberikan suasana baru dalam bilik anak anda. Menurut kajian, ini dapat mengubah mood mereka dan anak anda akan lebih excited untuk tidur lebih awal.


5. Televisyen dan komputer dilarang ketika sebelum tidur
Penggunaan TV, komputer rib, ipad, atau mana-mana tablet kanak-kanak sangat berbeza. Cuba elakkan penggunaan tersebut dari bilik tidur mereka dan juga di dalam rutin tidur agar proses tidur mereka lebih mudah.

Semakin lama penggunaan TV atau komputer di dalam bilik tidur mereka, boleh mendorong gangguan tidur anak anda hingga mereka ke alam dewasa. Banyak buruk dari kebaikan sekiranya penggunaanya tak dikawal. Kajian menunjukkan, semakin lama kanak-kanak yang bersekolah menonton TV dan menggunakan komputer di dalam bilik, mereka lebih cenderung tidak mendapat tidur yang cukup dan sempurna.

No comments

Powered by Blogger.