6 ‘Ayat Sentap’ Seorang Isteri Yang Suami Wajib Faham, Yang Last Tu.. - Abang Terlajak Laris


6 ‘Ayat Sentap’ Seorang Isteri Yang Suami Wajib Faham, Yang Last Tu..


Secara keseluruhannya, ahli psikologi mendapati perbezaan lelaki dan perempuan bukan saja dapat diperhatikan daripada gaya pemikiran, cara pengurusan diri, tetapi juga cara percakapan.Antara yang paling kerap berlaku salah faham adalah apabila isteri menggunakan ayat tersirat ini.

1. Tak tahulah nak masak apa hari ni
Ada masanya isteri akan SMS atau Whatsapp cakap begini kan? Jangan buat-buat tak tahu, inilah sebenarnya ajakan untuk makan di luar. Mungkin mereka dah jemu dengan air tangan sendiri, bahan dapur tak cukup, penat melayan anak-anak atau memang dah kering idea dan tak ada semangat nak memasak. Jadi, tak payah susah-susah nak perah otak atau bagi idea pelik untuk memasak. Ajak saja isteri dan anak makan di luar, mesti isteri suka!

2. Anak tak tidur seharian hari ni
Bila isteri cakap anak tak dapat tidur, maksudnya seharian dia melayan karenah si kecil dan tak dapat buat kerja lain. Jadi, jangan ‘expect’ rumah anda cantik tersusun, baju dah bergosok, makanan semua dah terhidang, dan sebagainya apabila balik kerja nanti. Sebaliknya, kalau ada masa lebih, tolonglah mana-mana kerja rumah yang patut.

3. Kan seronok kalau...
Ayat ini sebenarnya tak memerlukan sebarang jawapan pun daripada pihak suami. Isteri sebenarnya sedang memerhatikan reaksi anda dari atas sampai ke bawah. Bagi yang masih tak faham, ia sebenarnya adalah satu bentuk ‘permintaan’ atau ‘arahan’. Contohnya kalau isteri cakap, “Kan seronok kalau dapat pergi berurut.” Ini maksudnya anda kena urut dia sekarang. Kalau malas, bawalah dia ke spa atau tempat urut yang sesuai.

4. Ok!
Dalam apa jua keadaan, lelaki akan menggunakan perkataan ‘ok’ apabila semuanya baik. Tiada masalah. Tapi, bagi seorang perempuan, perkataan yang terlalu pendek seperi ‘ok’ memang bahaya, terutamanya apabila dalam mesej. Mungkin ia bermaksud ‘Entahlah’, ‘Tak pasti’ atau ‘Tak ok’. Jadi, cepat-cepatlah tanya kalau ada masalah.Ayat ‘okay’ atau ‘ok, fine’ ini juga paling selalu digunakan apabila seorang perempuan dah malas nak bertekak. Maksudnya, ‘Tolong diam. Apapun, kau tetap salah.’

5. Suka hatilah..
Kalau dah beri persetujuan maksudnya bolehlah buatkan. Apa lagi? Jom! Ops, jangan salah anggap, sebenarnya bagi kebanyakan kes, ini sebenarnya ayat mencabar. Kalau berani, buat. Siaplah bila balik nanti.

 6. Saya tak apa-apa
Kalau perempuan cakap ‘tak ada apa-apa’, maksudnya ada memang sesuatu. Tapi, sifat semulajadi wanita memang suka main teka-teki. Mereka ‘expect’ suami patut tahu sendiri. Bagi suami pula, setidak-tidaknya pun, tunjukkanlah sedikit rasa bersalah kalau anda tak tahu nak cakap apa.Tapi, jangan sesekali buat tak tahu, terutamanya kalau mereka sedang menangis. Pergilah peluk mereka dan pegang tangan mereka. Mesti isteri akan beritahu apa yang berlaku apabila berasa lebih tenang nanti.

Sumber: siraplimau

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.