7 Cara Berkesan Luangkan Masa Kualiti Dengan Keluarga - Abang Terlajak Laris


7 Cara Berkesan Luangkan Masa Kualiti Dengan Keluarga


Setiap ibubapa ingin melakukan yang terbaik untuk keluarga mereka. Begitu juga abang, dalam sibuk mencari rezeki setiap hari, abang ada luangkan masa untuk isteri dan anak anak.

Ini penting, supaya mereka terutamanya anak anak tidak rasa tersisih. Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan sebenarnya, macam pergi berkelah, mengemas rumah bersama dan banyak lagi. 

1. Buat senarai to-do-list
Oleh kerana banyak kerja yang hendak dibereskan dalam masa yang singkat, apa kata anda buat senarai tugas mengikut prioriti. Bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang tidak perlu, yang perlu, diserahkan kepada orang lain (pasangan, pengasuh dan sebagainya) dan tugas sendiri.

2. Maksimumkan masa yang ada
Gunakan masa hujung minggu untuk menyediakan masakan sejuk beku untuk tempoh seminggu dan menyiapkan pakaian anak-anak ke taska untuk seminggu juga. Pastikan minta bantuan daripada pasangan untuk meringankan bebanan.

3. Libatkan anak
Agihkan tugasan rumah dengan semua ahli keluarga. Anak kecil anda boleh diminta membuat kerja-kerja yang sesuai mengikut peringkat usia mereka. Misalnya yang bersekolah tadika boleh menolong melipat pakaian, mengemas permainan, menyusun buku di rak. Biarpun cara mereka tidak sekemas anda tetapi sekurang-kurangnya anak dapat belajar membantu ibu bapa dan bertanggungjawab.

4. Hargai masa
Pastikan anda menghargai setiap saat yang dimiliki. Jangan bazirkan masa mencari benda yang tidak sepatutnya hilang seperti kunci kereta atau jam tangan. Wujudkan sistem penyimpanan yang sistematik supaya anda tidak kelam kabut. Kurangkan juga masa anda menghadap gajet sebaliknya luangkan lebih masa melayan anak-anak.

5. Manfaatkan teknologi
Jika berkemampuan tidak salah membeli peralatan rumah yang berteknologi supaya dapat menjimatkan masa. Misalnya seperti pengering pakaian, penyedut hampagas robotik, pencuci pinggan. Alatan tersebut memang mahal harganya tetapi jika mampu ia dapat menjimatkan masa dan tenaga anda.

6. Menjimatkan masa
Aktiviti membeli belah barangan rumah kini boleh dijimatkan berbanding dahulu. Jika dulu anda perlu keluar ke hypermarket untuk membeli barang keperluan rumah dan sebagainya. Kin membeli belah secara online dapat mengurangkan masa di luar rumah. Selain dari itu kebanyakan pembelian di atas talian menawarkan pelbagai hadiah dan potongan harga yang hebat.

7. Manfaatkan masa
Gunakan sebaik mungkin masa yang ada secara berkualiti. Jadikan waktu makan, sebagai waktu untuk bertanya khabar dan perkembangan pasangan dan anak-anak.

Sumber: majalahpama


Boleh dapatkan dengan agen online/ kedai kedai jamu terdekat anda

No comments

Powered by Blogger.