7 Idea Hebat Berniaga Tanpa Modal - Abang Terlajak Laris


7 Idea Hebat Berniaga Tanpa Modal


Sebenarnya tanggapan bahawa semua perniagaan memerlukan modal adalah tanggapan lapuk yang patut kita tinggalkan kerana sebenarnya sangat banyak kaedah untuk kita berniaga tanpa modal.

Disini abang nak  kongsikan 7 idea hebat bagaimana anda membina legasi dengan tanpa modal, cuma apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal.

Apa yang anda perlukan hanya laptop dan usaha yang gigih.

1-Ambil upah menulis sesuatu di internet


Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari.

Contohnya anda boleh  menulis blog bagi laman blog gosip terkenal, kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan.

Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan. Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain.

2-Perniagaan servis menulis ayat jualan


Perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini, Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini, tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.

Bolehlah dapat dalam rm150-rm1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan

3-Mengambil upah menjawab survey online


Terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat syarikat besar ini. Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan!

Namun perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai. Boleh dapat sehingga rm5000 jika kena gayanya!

4- Perniagaan cetak baju


Anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli (itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi.Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.

Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan! Hati hati: anda perlu dapatkan jumlah order minimum dengan cepat untuk mengelakkan pembeli menunggu terlalu lama sebelum baju siap dan sampai kepada mereka.

5-Dropship
Dropship adalah satu teknik perniagaan yang sangat mudah dan menguntungkan ianya adalah sistem agen yang mana anda hanya mempromosikan sesuatu barang dengan harga anda sendiri apabila pembeli membayar kepada anda, Kemudian anda hanya order kepada penjual barang tersebut dan masukkan alamat pembeli anda tadi, secara tak langsung anda langsung tak perlu uruskan penghantaran dan anda langsung tak sentuh produk tersebut. Senang cerita sistem orang tengah tetapi secara online. Maka carilah produk yang sangat best untuk dijual harga tinggi.

6) Affiliate online
Sistem affiliate online ini ramai yang terkeliru dengan dropship kerana ianya lebih kurang, tetapi affiliate lebih kepada pemberian komisen. Dimana anda menjual produk dengan harga yang sama dengan penjual tadi produk tersebut tetapi selepas anda berjaya menjualnya sistem affiliate akan merekod penjualan anda untuk dibayar komisennya selalunya dibar setiap bulan.

Sistem affiliate ini selalunya mempunyai sistem laman web khas yang merekodkan jualan anda secara automatik. Sistem ini akan merekod IP atau alamat komputer pembeli yang anda promosikan dan merekodkan pembelian mereka masukkan komisen ke akaun sistem anda.

7-Tulis ebook!
Yang ni anda tak perlukan  modal dan pendapatannya mengancam!Dan ianya boleh membantu orang ramai menjadi kaya!

Anda hanya perlu Tulis ebook yang mempunyai ilmu yang power dan berbaloi untuk dijual maka jual lah sebanyaknya!

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Izreen (013-2334133)

Sumber: aidilomar 

No comments

Powered by Blogger.