7 Idea Perniagaan Di Rumah, Kalau Buat Betul Betul Untung Besar ! - Abang Terlajak Laris


7 Idea Perniagaan Di Rumah, Kalau Buat Betul Betul Untung Besar !


Ingin memiliki perniagaan sendiri yang boleh diusahakan dari rumah? Ingin usahakan sesuatu yang baru untuk menambah pendapatan? Ataupun mungkin anda seorang suri rumah tangga yang ingin bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak yang sedang membesar? Sekarang ni ada banyak peluang menjana pendapatan yang boleh dilakukan dari rumah, malah jika anda komited dan rajin berusaha, tak mustahil pendapatan anda lebih tinggi dari pendapatan mereka yang bergaji tetap setiap bulan. Abang kongsikan kat sini 7 Idea Perniagaan Di Rumah Yang Menjanjikan Keuntungan Besar :-

1. Salun Kecantikan
Jika anda memiliki bakat dalam bidang kecantikan, contohnya pandai dalam bab solekan atau pernah ada pengalaman menggunting rambut dan sebagainya. Anda boleh cuba memulakan salun kecantikan di rumah anda. Anda hanya perlukan satu bilik khas untuk dijadikan salun. Anda boleh tawarkan perkhidmatan seperti andaman pengantin, membuat perawatan wajah (facial) dan sebagainya.

2. Dobi
Sekarang ini ramai wanita yang bekerjaya dan kekurangan masa untuk menguruskan hal rumahtangga. Anda boleh menjadi penyelamat dengan mengadakan perkhidmatan dobi secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Anda hanya perlukan mesin basuh dan mesin pengering pakaian. Ataupun jika anda ada kawasan yang luas untuk mengering pakaian, itu sudah memadai.

3. Membuka Kelas 
Jika anda mempunyai latar belakang seorang pendidik, contohnya pernah menjadi seorang guru ataupun mungkin anda graduan universiti, anda boleh adakan kelas-kelas tuisyen untuk mengajar anak-anak jiran dengan upah yang berpatutan. Atau mungkin juga anda seorang yang berpengalaman membuat kek, anda bolehlah buka kelas bakeri untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat dan mengenakan bayaran yang setimpal.

4. Penulis 
Anda minat menulis? Apa kata jadikan penulisan itu sebagai sumber pendapatan. Jika anda berbakat dalam bidang penulisan kreatif, anda boleh usahakan menulis novel atau skrip. Jika anda suka penulisan jenis santai atau berinformasi maka anda boleh pilih untuk menjadi seorang blogger ataupun menjadi penulis jemputan berbayar di blog individu lain.

5. Membuka Kedai Online
Berbeza dengan mempunyai kedai di luar, kedai online tidak memerlukan modal yang besar. Anda hanya perlukan laptop atau komputer, sekadar telefon pintar pun dah cukup. Ambil peluang media sosial untuk mempromosikan barang jualan anda. Yang penting anda rajin promosi barang jualan dan cuba kembangkan jaringan rakan-rakan di media sosial.

6. Personal Shopper
Pernah dengar istilah ‘personal shopper’? Tugas seorang personal shopper bukan sahaja untuk membantu membuat pembelian tetapi juga untuk memberi khidmat nasihat dan cadangan kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian. Kebiasaannya personal shopper ini akan dibayar upah untuk membantu membuat pembelian dan menghantar kepada pembeli sama ada melalui penghantaran terus ke rumah, atau secara pos. Selalunya orang akan gunakan khidmat personal shopper untuk membeli pakaian dan juga perabot.

7. Katering 
Jika anda hebat memasak dan masakan anda sering mendapat pujian, anda boleh cuba usahakan membuka katering dari rumah. Anda boleh promosi melalui media sosial atau menawarkan perkhidmatan katering kepada keluarga, kawan-kawan ataupun jiran tetangga.

Sumber: notainfo.com

No comments

Powered by Blogger.