7 Sifat Lelaki Sebenar Yang Membuatkan Wanita ‘Cair’ - Abang Terlajak Laris


7 Sifat Lelaki Sebenar Yang Membuatkan Wanita ‘Cair’


Sebagai wanita, anda kena bersedia untuk menghadapi yang terburuk, meneruskan dengan sifat berjaga-jaga yang tinggi dalam beberapa bulan pertama, kerana gusar menjadi mangsa keadaan dan tipu muslihat yang sering dilaksanakan lelaki. Semestinya, lelaki memang ada banyak rahsia. Kena pandai korek, baru boleh dapat tahu!

1. Tolong bukakan pintu
Seorang lelaki yang mengambil masa untuk membuka pintu kereta untuk anda adalah seseorang yang berharga, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini. Adakah anda suka berdiri terbiar di luar kereta oleh pasangan anda? Hargai lelaki yang peduli akan keselesaan anda dahulu, walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat.

2. Memberikan anda kepingan terakhir makanan
Mereka kata cara terbaik ke hati seorang lelaki adalah melalui perutnya. Maka, apabila dia menyimpan kepingan terakhir untuk anda, dia sedang memaklumkan bahawa dia menyukai anda lebih berbanding makanan dihadapannya itu.Anda rasa apa maknanya itu?

3. Meluangkan masa bersama keluarga anda
Seorang lelaki yang menunjukkan minat akan gambar-gambar anda semasa bayi, membantu mengajar adik anda bermain bola dan memuji masakan ibu anda adalah seorang lelaki yang mahu berada di sisi anda untuk jangka masa lama. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niatnya.

4. Sanggup menonton kisah yang dia tidak gemari
Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’kerana anda menginginkannya, dia layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika dia lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.

5. Menghantar bunga
Saya bukan bercakap mengenai jambakan bunga berharga RM100 yang anda terima waktu Hari kekasih. Saya bercakap mengenai jambakan bunga yang dia hadiahkan secara tiba-tiba dan spontan, sesuatu yang dia pilih apabila terfikirkan anda. Sesuatu mengenai mendapat bunga secara tiba-tiba yang akan membuatkan seorang wanita tersenyum.

6. Mencium dahi anda
Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba. Sekiranya pasangan yang sedang anda keluar bersama melakukan ini, anda akan risau bahawa dia menganggap anda sebagai adik sahaja. Namun, jika anda berada dalam hubungan jangka masa panjang dan pasangan anda melakukan ini, ia adalah satu aksi kecil yang boleh membuatkan anda rasa disayangi.

7. Memakaikan anda jaket
Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan anda jaket anda atau menawarkan jaket mereka, terutama sekali pada waktu sejuk.

Sumber: siraplimau

No comments

Powered by Blogger.