8 Cara Untuk Menjadi Dropship Berjaya - Abang Terlajak Laris


8 Cara Untuk Menjadi Dropship Berjaya


Ramai orang nak meniaga sekarang ni. Tapi masalah terbesarnya abang rasa ialah modal perniagaan. Jadi kat sini abang nak kongsikan cara meniaga tak guna atau guna sedikit sahaja modal iaitu dengan cara dropship. 

Dropship - individu yang mempromosikan dan menjual barangan dari pembekal/ seller tanpa menyimpan produk tersebut. Ini kerana, semua produk berada dalam simpanan pembekal. 
  • hanya mempromosikan produk dengan hanya melalui gambar produk kepada orang ramai dan sekiranya, barangan tersebut terjual, 
  • pihak pembekal akan mengirimkan produk terus kepada pembeli, atas nama  individu yang mempromosi atau yang menjual produk tersebut sebagai pengirim. 
  • tidak memerlukan apa-apa pun modal tetapi hanya mempromosikan produk-produk dari pembekal, 
  • sekiranya terjual, individu ini akan memperolehi komisyen dari setiap produk yang mereka jual.
Untuk berjaya dalam bisnes ini, anda perlu mengetahui rahsia seperti mana yang digunakan oleh dropshiper yang berjaya.

1. Cari produk popular/viral
  • penting untuk anda mencari produk popular yang dijual oleh seller kerana produk popular mempunyai kebarangkalian untuk dibeli adalah tinggi. 
  • anda mesti peka kepada trend masyarakat di negara ini. 
2. Mengenali Seller/pembekal berpotensi (sangat boleh dipercayai)
  • mencari pembekal yang berpotensi amat penting dalam bisnes dropship, pembekal yang berpotensi memiliki ciri-ciri seperti, memiliki kedai atau syarikat sendiri dan menyimpan stok barangan yang banyak. 
  • memperolehi harga yang murah dari pihak pembekal, untuk berpotensi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
3. Tumpukan hanya satu produk dan pembekal
  • sebagai permulaan, promosikan satu produk sahaja dan satu pembekal untuk membolehkan anda mampu menguruskan bisnes dropship anda kerana, jika anda mempunyai banyak produk dan pembekal, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguruskannya.
  • penumpuan kepada satu produk membolehkan anda mengenali potensi pembeli anda dengan lebih jelas. 
4. Produk mesti anda cuba dahulu
  • pastikan produk tersebut harus anda cuba dahulu untuk mengetahui tahap kualiti produk tersebut. 
  • Sekiranya produk tersebut berkualiti, produk yang anda beli dari pembekal anda, jual semula dengan pembeli di internet untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan pembeli. 
  • harus mengetahui secara detail mengenai produk tersebut kerana, pelanggan akan bertanya bermacam-macam soalan mengenai produk tersebut. 

5. Memiliki ramai teman di Laman sosial
  • memiliki ramai rakan di sekeliling dan juga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya. FB mengizinkan semua pengguna boleh menambah rakan sehingga 5,000 orang. Jumlah tersebut adalah cukup ramai, jika anda mempromosi produk anda melalui FB anda, saya percaya,produk anda akan mudah terjual tetapi pastikan anda meletakkan gambar sebenar anda di profile FB, alamat anda, nombor telefon yang boleh dihubungi, nama sebenar anda, kerana, ini adalah sebagai syarat yang menjamin keyakinan rakan FB anda untuk membeli barangan anda. Sekiranya anda tidak mempamerkan identiti anda dengan lengkap, misalnya, gambar profile bukan gambar sebenar anda, menggunakan nama samaran dan hal ini akan menurunkan kepercayaan pembeli kepada anda. Hal yang sama juga boleh dilakukan melalui laman sosial yang lain seperti Twitter, MySpace, Tagg, dan banyak lagi.
6. Buka page sendiri di Wechat, Instragram
  • melakukan promosi produk anda melalui  Instagram, Wechat, Whatsapps, Link, dan lain-lain lagi, sebagai cara anda untuk memperoleh pembeli.Instagram amat berpotensi untuk mendapatkan pembeli kerana anda boleh mendapatkan berpuluh ribu rakan dengan masa yang singkat.
7. Buka Fan page di Facebook
  • membuka Fan page mengenai produk anda di FB akan menjamin pembeli baru untuk melakukan pembelian produk anda. Jika anda telah memiliki rakan FB seramai 5,000 orang, request rakan-rakan anda untuk 'like' Fan page anda dan anda juga boleh mengeluarkan sedikit modal dengan melakukan pembayaran melalui Facebook Ads untuk mendapatkan lebih ramai yang akan 'like' Fan page anda.
8. Usaha gigih untuk berjaya
  • Sejauh mana kejayaan anda adalah bergantung dengan usaha gigih anda untuk mendapatkan pembeli. 
Sumber: geoffreystephen.com

No comments

Powered by Blogger.