8 Strategi Mengembangkan Perniagaan - Abang Terlajak Laris


8 Strategi Mengembangkan Perniagaan


1. Membuat catatan kewangan (cash flow)
Penting sekali kerana didalamnya terdapat pengiraan modal dan perbelanjaan segala perbelanjaan operasi Selain itu, ia dapat digunakan untuk memohon pinjaman

2. Menentukan harga jual yang tepat
Jangan sampai salah menentukan harga jualan. Semua harga kalau boleh sudah dihitung jumlah keuntungan selepas ditolak dengan harga kos

3. Mengendalikan sumber manusia dengan baik
Jumlah pekerja harus disesuaikan dengan keperluan kerja. Hak dan kewajiban juga harus jelas dan diketahui oleh pekerja sejak awal bekerja.

4. Mengasingkan keuntungan
Hasil keuntungan yang disisihkan antara lain untuk persediaan mengganti kelengkapan perniagaan yang rosak atau menurun fungsinya dan untuk pengembangan perniagaan.

5. Layanan yang profesional
Layanan profesional antara lainnya, tidak membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama, mendahulukan pelanggan yang lebih dahulu dan bersikap ramah.

6. Membuka cawangan
Membuka cawangan adalah salah satu ciri perniagaan berkembang. Ia memberikan beberapa kelebihan, antaranya produk kita akan lebih dikenali oleh masyarakat setempat.

7. Menjaga kebersihan dan kekemasan
Semua faktor dari tempat perniagaan, pekerja, kelengkapan tidak boleh luput dari kebersihan. Termasuk juga pakaian seragam

8. Kerja keras, bijak, dan kreatif
Gabungkan ketiga perkara di atas, maka semua perkara akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Sumber: usahawan.com

No comments

Powered by Blogger.