8 Tanda Bahawa Dia Adalah Jodoh Anda - Abang Terlajak Laris


8 Tanda Bahawa Dia Adalah Jodoh Anda

Abang percaya pasti ramai dikalangan kita yang masih belum menemui jodoh sering bertanya-tanya dalam hati siapakah orang yang akan menjadi suri hati kita nanti, dimanakah dia sekarang, dan bagaimana menemuinya. Anda tidak sendiri. Sesungguhnya Allah tu dah sediakan jodoh untuk tiap tiap hambanya. Lambat atau cepat je. Percayalah, jika anda tetap berdoa dan terus berusaha, Allah akan memberikan petanda-Nya agar anda boleh mengetahui siapakah jodoh anda.


1. Anda dan dia boleh disatukan tanpa banyak halangan
Anda selama ini selalu gagal dalam menjalin kasih dengan orang lain, tetapi tiba-tiba anda bertemu dengan seseorang dan hubungan anda berjalan tanpa halangan. Segalanya tampak mudah. Mungkin dia adalah jodoh anda.

2 . Keluarganya menerima Anda dengan senang hati
Perkahwinan menyatukan dua keluarga besar. Oleh sebab itu, jika dia benar-benar adalah jodoh anda, keluarganya akan menerima anda dengan senang hati.

3. Anda menghargai perbezaan di dalam hubungan
Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza-beza yang dipengaruhi oleh keluarga masing-masing. Namun, dalam menjalin kasih dengannya anda sama sekali tidak menjadikan perbezaan kebiasaan tersebut sebagai suatu masalah. Toleransi dan berasa sangat selesa dengan kebiasaan-kebiasannya yang berbeza dengan anda.

4. Hubungan anda jadi semakin dekat dan saling memerlukan satu sama lain
Ketika dia adalah benar-benar jodoh anda, maka hubungan anda dengannya akan berubah menjadi semakin dekat. Kadang-kadang anda akan merasa sangat merindukan dan memerlukan kehadirannya dalam kehidupan sehari-hari anda. Dengan kata lain, anda berdua saat ini sudah sangat saling memerlukan satu sama lain.

5. Mempunyai tujuan hidup yang sama
Setelah menjalin kasih sekian lama, anda berdua kini merasa semakin mantap untuk meneruskan hubungan ke arah yang lebih serius. Pada taraf ini anda berdua telah mempunyai matlamat hidup serta komitmen yang sama untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

6. Bersamanya anda merasa mampu untuk menjalani masa depan
Anda tidak ragu menatap masa depan bersamanya. Anda berdua yakin boleh segera mengharungi bahtera rumah tangga.

7. Dia akan menerima anda apa adanya
Tidak ada alasan bagi dirinya untuk menolak cinta anda dan ajakan anda untuk menikahinya. Kelemahan anda di matanya bukan lagi masalah besar kerana dia menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna.

8 . Tidak ada kepura-puraan
Hubungan Anda dengannya akan berjalan apa adanya, tidak ada kepura-puraan. Anda tahu kekurangan dan kelebihannya. Anda bahkan sudah kenal betul kebiasaan-kebiasaannya. Namun, Anda berdua tetap akan saling melindungi dan menjaga satu sama lain.

Sumber: Keluarga.com

No comments

Powered by Blogger.