Ada 9 Ciri Ciri Ini? Anda Merupakan Ayah Yang Terbaik! - Abang Terlajak Laris


Ada 9 Ciri Ciri Ini? Anda Merupakan Ayah Yang Terbaik!


Ada banyak ciri bapa yang baik yang tidak hanya ditunjukkan melalui kata-kata, tetapi perlakuannya. Ia termasuklah juga perkara-perkara kecil yang kita sering terlepas pandang.

Berikut adalah antara ciri bapa yang baik dan melayakkan suami anda menjadi ayah terhebat buat anak-anak anda.

1. Tak senang duduk anak demam
Setiap kali anak demam, suami anda akan cuba untuk balik awal dan berikhtiar dengan mencarikan ubat-ubatan atau makanan yang berkhasiat.

Walaupun mungkin tidak dapat mengambil cuti atau perlu ‘outstation’, suami anda akan bertanyakan khabar dan melayangkan mesej tanda mengambil berat.

Bukan itu saja, mereka juga memahami kesukaran anda dan tidak mengharapkan anda untuk membuat kerja-kerja rumah yang berat apabila anak sakit.

2. Lebih suka meluangkan masa di rumah
Selepas habis kerja, selalunya mereka akan terus pulang ke rumah.

Walaupun kawan ramai, tetapi mereka jarang meluangkan masa untuk ‘melepak’ dan berbual-bual dengan kawan.

Ini menunjukkan mereka amat selesa dan ‘rindu’ pada anak serta isteri di rumah!

Order online, Hubungi/whatsapp agen terdekat
3. Sedia mendengar
Berbeza dengan wanita, lelaki biasanya lebih suka ‘mendengar’ daripada bercakap.

Walaupun ada lelaki yang kurang bercakap, mereka sebenarnya amat prihatin dan cuba menjadi pendengar yang setia.

Salah satu ciri bapa yang baik adalah yang mendengar cerita-cerita anak, bertanyakan keadaan di sekolah, dan tidak lupa juga mendengar permintaan anak-anak.

4. Membantu kerja rumah
Walaupun wanita lebih sinonim dengan kerja-kerja rumah, tetapi, lelaki sebenarnya ada juga melakukan beberapa perkara seperti membuang sampah, mencuci pinggan, memasang langsir, mencuci tandas, dan sebagainya.

Malah, mereka selalunya ringan tangan apabila anda menyuarakan permintaan dengan baik.

5. Cuba menguruskan bayi
Apabila anda keletihan di hujung minggu, suami anda akan melayan bayi. Menukar lampin mereka, memandikan mereka, dan ada yang membuatkan makanan mereka.

Walaupun ia tidak ‘sempurna’ seperti yang anda biasa lakukan, tetapi ia memadai kerana mereka mencuba!

6. Sering buat anak ketawa
Siapa lagi yang suka menggeletek anak-anak kalau bukan ayahnya, bukan? Siapa lagi yang suka melayan karenah ‘pelik’ anak-anak kalau bukan Papa? Setiap kali mereka membuat anak tertawa, kita semua akan rasa auranya. Itulah usaha yang dilakukan oleh si ayah untuk menggembirakan anak-anak.

7. Sentiasa tenang dan 'Cool'
Tak kiralah dalam apa jua keadaan, riak wajah lelaki yang tenang dan ‘cool’ ini kadangkala sukar ditafsirkan. Walaupun ada yang menganggap mereka ‘tak ada perasaan’, sebenarnya sifat ini juga penting kerana ia membantu lelaki mengawal kemarahan. Di sebalik wajah itu, mereka mungkin juga melalui hari-hari yang sukar seperti kita.

8. Serius apabila perlu
Jika anak-anak buat perangai, kita akan ‘laporkan’ pada suami.

Tapi, pernah fikir tak kenapa kita buat begitu? Kerana kebanyakan wanita berasa sukar mengatakan ‘tidak’ dan tak mahu mengecewakan anak tersebut.

Ciri bapa yang baik adalah mereka yang tidak mengharapkan kesempurnaan daripada anak mereka. Namun, pada masa yang sama, mereka akan bertegas dengan sesuatu keputusan yang difikirkan baik untuk si anak.

9. Menyayangi isteri
Anak-anak perlu tahu betapa sayangnya ayah mereka terhadap ibunya. Cinta yang mendalam akan memberi perspektif yang positif terhadap perkembangan anak-anak.

Menurut Nancy Pina, penasihat dan penceramah terkenal, perkembangan positif ini akan meninggalkan kesan buat selamanya dalam diri si anak. Mereka juga akan menghargai ayah mereka kerana telah membina sebuah keluarga yang tiada tolok bandingannya!

Sumber: SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.