Abang dah ada blog sendiri ! Korang sudi tak baca? - Abang Terlajak Laris


Abang dah ada blog sendiri ! Korang sudi tak baca?


Assalammualaikum,

Buat pertama kalinya abang dah ada blog sendiri. Korang minat tak nak baca apa yang saya akan kongsikan nanti. InshaAllah, saya akan kongsikan macam macam dengan korang, apa yang saya suka buat, aktiviti harian saya, tips tips dalam bisness, macam mana nak kekal kurus dan sihat, resepi yang saya selalu makan, dan banyak lagi lah. Harap harap korang suka lah. 

Saya ni memang busy. Jadual harian saya memang padat. Kadang kadang tak sempat nak berehat tapi bila saya free saya suka menulis, kongsi dekat korang semua apa yang saya tengah buat. Asyik duk menulis di Facebook saja, nak juga cuba menulis di blog. Feeling feeling jadi penulis gitu walaupun saya ni tak de lah pandai sangat nak menulis dalam ayat bm yang betul. 

Untuk artikel yang first ni, saya nak share..teknik marketing paling murah. Ada jugak saya post dekat ig saya tuh.


Saya percaya ramai usahawan diluar sana nak buat bisnes tetapi tak mampu nak bayar iklan akhbar, radio, tv, billboard, sponsor rancangan dan mengambil duta artis yang menelan ratusan ribu dan jutaan ringgit. Ini antara teknik paling mudah yang saya nak sharekan kepada anda..dan kalau anda rasa berguna kepada anda..just sharekan..

1. Facebook personal / Facebook Ads - bajet sederhana fokus kawasan terdekat

2. Banting / Banner - gantung di outlet

3. Flyers / Pamphlet - edar flyers

4. Poster - tampal di kawasan tumpuan ramai

5. Mudah.com.my - online marketing amat bagus depands apa yang korang nak jual..

6. Website / Blog - rumah kedai maya 

7. Business Card - cetak dan edar 

8. Expo / Booth / Sampling booth - buka booth / gerai kat ekspo

9. Paper insertion - masukkan flyers dalam akhbar. Upah pengedar akhbar. Lebih fokus dan jimat berbanding beli iklan di paper.

10. Email Marketing

11. Whatsapp group dan kominiti

2. Instagram,swep ig, ig sponsor

Murah dan ada yang free saja..

Bila orang dah makin kenal, duit dah masuk, tambah bajet marketing dan kawasan liputan.

Dan selepas tu baru upgrade kaedah promosi yang lebih komersial. Time tu mungkin anda dah jadi jutawan.. semoga dengan perkongsian ni lebih ramai org diluar sana berjaya dan mampu membayar zakat dan memberi peluang pekerjaan.

9 comments:

  1. Thanks admin.. isi yg padat dan ringkas untuk memulakan perniagaan/memperkenalkan produk di mata umum..

    ReplyDelete
  2. Bestnya... Dato ada blog sendiri. tak sabar nak baca update. All the best Dato.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dato. Tips2 ug sgt beguna. Semoga dato sentiasa Berjaya,Dunia Dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. AsSalam Dato..first time dengar kisah Dato..nak bisnes tapi tak cukup duit, ada penyakit mistri tapi itu bukan alasan tidak boleh berjaya, kisar benar tapi pelik.Pernah people lookdown on you bcos of your voice.Respect to you...

    ReplyDelete
  5. So right now usia saya sudah terlajak, ada sifat malu, segan, tak selesa berdepan dgn org bo
    leh jadi macam Dato ke? What is the first step?, Dato

    ReplyDelete
  6. Dato.. Alhamdulillah.. blog bisness Dato adalah salah satu mentor kepada perniagaan saya.. Keep it up!

    ReplyDelete
  7. http://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=TB15085

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Dato'. GV adalah followers Dato' yang ke 39. hihi. Terima kasih atas tip marketing tu Dato'. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.