Amalkan 8 Tips Ini, InshaAllah Keluarga Bahagia - Abang Terlajak Laris


Amalkan 8 Tips Ini, InshaAllah Keluarga Bahagia


Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti menginginkan kehidupan berkeluarga mereka bahagia kekal hingga akhir hayat. Semestinya dalam rumahtangga tidak boleh terlepas dengan dugaan dan cabaran selama hidup bersama. Abang tertarik dengan 8 tips keluarga bahagia yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini.

Hanya ingat 8P sahaja, iaitu:

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Semoga bermanfaat.

Sumber: SirapLimau

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.