Apakah Anda Mengalami Disleksia? Kenali Tanda-Tandanya - Abang Terlajak Laris


Apakah Anda Mengalami Disleksia? Kenali Tanda-Tandanya


Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.

Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Secara ringkasnya disleksia;
  • mengalami masalah dalam membaca, mengeja, dan menulis. 
  • kesulitan membaca akan menjejaskan daya ingat, kelajuan memproses input, kemampuan pengaturan masa, aspek koordinasi dan kawalan gerak. 
  • Daya ingat yang pendek, kesulitan menyusun huruf AZ dan berorganisasi, serta cenderung tak teratur.
  • Persepsi pembalikan konsep, misalnya suatu kata dipersepsikan sebagai lawan katanya.
  • Persepsi kekeliruan menegak atau mendatar, di mana saat membaca, huruf atau kata seperti berpindah dari depan ke belakang atau atas ke bawah.
  • Persepsi teks kelihatan terbalik seperti dalam cermin.
  • Persepsi kata dan huruf seperti hilang.
Langkah menangani jika anak anda mengalami disleksia:
  • Mewujudkan persekitaran agar anak harus merasa diterima.
  • Menumbuhkan rasa percaya diri.
  • Sentiasa berdampingan dengan mereka.
Disleksia bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia. Beliau juga kategori orang yang berjaya. Untuk info juga, Albert Einstein dan Presiden Amerika Syarikat ke-43 George Walker Bush  juga adalah pengidap disleksia.

Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah.

No comments

Powered by Blogger.