Bisnes Makanan? Bisnes Anda Akan Laku Keras Selepas 6 Bulan Amalkan 6 Tips Ini - Abang Terlajak Laris


Bisnes Makanan? Bisnes Anda Akan Laku Keras Selepas 6 Bulan Amalkan 6 Tips Ini


Bisnes makanan, antara perniagaan yang memberi pulangan yang cepat dan lumayan jika dilakukan dengan betul. Amalkan 6 tip ini, 6 bulan selepas itu bisnes makan anda akan laku keras. Jualan boleh dinaikkan apabila anda kenal produk anda dan juga dengan jelas mengenali target market anda. Bila sudah kenal Insya Allah senanglah untuk anda merangka strategi pemasaran. Berikut beberapa strategi yang anda boleh gunakan.

1. Dekati Pelanggan
Ciptakan hubungan antara anda dan pelanggan. Saya dapati ilmu ini dari arwah ayah. Dia akan layan pelanggan baru seolah-olah sudah kenal lama. Pelanggan lama pula akrab dengan dia. Hormati pelanggan, mereka yang hantar duit ke perniaagaan kita. Pelanggan adalah raja, kata orang lama ini masih relevan untuk perniagaan sekarang.

2. Iklankan Bisnes Anda
Iklan adalah nyawa kepada bisnes, tanpa iklan mereka tidak mengetahui kewujudan anda. Bagaimana cara beriklan? Paling asas yang selalu diberitahu adalah gunakan banner, flyers dan kad nama. Beberapa tahun yang lalu saya hadir dalam satu seminar marketing. Antara cadangan yang diberitahu adalah lekatkan 30 banner di kawasan startegik berdekatan perniagaan makanan anda. Selain itu edaran flyers dengan design yang menarik juga membantu pemasaran anda. Saya sendiri menggunakan kad nama yang diedarkan setiap majlis katering kahwin sebagai salah satu strategi marketing.

3. Gunakan Media Online
Peranan media online masa kini cukup penting untuk meningkatkan kehadiran pelanggan ke premis anda seterusnya menambah kepada pendapatan. Anda pernah dengar Waze? Foursquare? Google Bussines? Ini antara yang boleh digunakan selain dari Facebook dan Instagram. Gunakan semaksimum mungkin fungsi media online ini untuk memberi kesan kepada kewujudan perniagaan.

4. Beri Sesuatu Yang Percuma
Apabila asyik memikirkan untung sahaja kita lupa memikirkan ada strategi lain berbentuk PERCUMA yang boleh digunakan untuk meningkatkan sales. Antara strategi percuma selalu gunakan adalah FREE REFILL, tawaran BELI 1 PERCUMA 1. Anda boleh merangka sendiri bagaimana ianya sesuai dengan bisnes anda.

5. Jiwai Bisnes Anda
Tujuan anda buat bisnes ini untuk apa? Kalau setakat nak dapatkan untung saja tolong tukar balik matlamat tersebut. Bisnes kena jiwai, anda perlu tahu servis, pekerja juga perlu menjiwai apa yang mereka lakukan. Apabila anda jiwai apa yang anda lakukan secara alaminya terserlah kepada perkhidmatan dan kemajuan bisnes tersebut.

6. Dengar Aduan
Perkara yang rimas didengar adalah komplen pelanggan. Sebahagian besar komplen yang datang adalah negatif. Iya, tidak dinafikan begitu. Untuk naikkan jualan anda dengar komplen-komplen ini dan atasinya dan sepatutnya berterima kasih keatas pelanggan yang membuat komplen tersebut.

Cuba praktikkan tip-tip diatas. Lihat, 6 bulan dari sekarang perniagaan makanan anda akan berubah menjadi lebih baik dan angka-angka jualan positif mulai ditunjukkan.

Sumber: Hanasuva 

No comments

Powered by Blogger.