Resepi Kerabu Sotong Terlajak Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Kerabu Sotong Terlajak Sedap

Untuk hari ini, saya nak kongsikan resepi kerabu sotong terlajak sedap kepada korang semua. Senang je nak buat ni. Hiris hiris je semua bahan dan campur, dah siap. Lagi satu menu ni sihat, bagus untuk kesihatan korang. Kalau korang nak cuba buat, boleh ikut resepi macam kat bawah ni.


Bahan-bahan :


10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
2 biji tomato - potong dadu
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Daun ketumbar - hiris halus
Garam dan gula secukup rasa



Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. 
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Sangat senang kan? Yang penting sedap dan puas hati. Selamat mencuba. 


No comments

Powered by Blogger.