Buncit, Boroi ?? Cuba 5 Cara Ini Untuk Kempiskan Perut! - Abang Terlajak Laris


Buncit, Boroi ?? Cuba 5 Cara Ini Untuk Kempiskan Perut!


Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit. Tetapi, jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda.

Cara 1: Makan Makanan Yang Betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

Cara 2: Tinggalkan Makanan Ringan
Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

Cara 3:  Berhenti Makan Lewat Malam
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

Cara 4:  Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

Cara 5: Lakukan Senaman Kardio
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.

No comments

Powered by Blogger.