Harga Minyak Naik! Ni 9 Cara Untuk Jimat Duit Dapur - Abang Terlajak Laris


Harga Minyak Naik! Ni 9 Cara Untuk Jimat Duit Dapur


Abang rasa ramai yang masih panas hati dengan isu harga minyak naik mendadak. Tapi, nak tak nak kena hadap jugak dan kena beli juga. Bukan senang nak berjimat lebih-lebih lagi dengan harga barang yang tidak berhenti naik. Perlu ada cara untuk pastikan duit gaji bertahan hingga hujung bulan. Mungkin korang boleh amalakan 9 cara ini untuk anda lebih berjimat!

1. Satu lauk & bawa bekal
Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazir sediakan lauk banyak. Untuk para ibu, sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga.

2. Jangan terpedaya jualan murah
Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi kena fikir sama ada barang tersebut penting atau pun tak. Jangan amalkan hidup ‘biar papa asalkan bergaya’!

3. Senarai barang yang penting
Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak.

4. Bajet stok untuk sebulan
Kalau boleh beli barang di pasar raya sebab selalu ada promosi murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Lebih jimat!

5. Elak beli barang ikut jenama
Jangan la beri barang berjenama je. Kononnya yang berjenama tu lebih berkualiti. Ada je barang yang murah tapi kualiti bagus.

6. Limitkan beli barang basah
Pastikan beli barang basah jika anda betul-betul nak masak je. Kalau beli tapi simpan dalam peti sampai la rosak, tu dah membazir namanya.

7. Periksa semula troli barang yang dibeli
Sebelum nak membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu.

8. Tabung kecemasan bulanan
Setiap bulan paksa diri simpan duit untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Lebih elok simpan di tempat yang tak boleh dibuka langsung.

9. Asingkan duit dapur dari awal
Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya sahaja. Kalau bawa RM200, maknanya anda tidak akan berbelanja lebih dari itu.

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.