Tips Strategi Dapatkan RM 1 Juta Dengan Cepat! - Abang Terlajak Laris


Tips Strategi Dapatkan RM 1 Juta Dengan Cepat!


Berangan nak jadi jutawan?

Strategi untuk mendapat duit RM1juta Untuk nak dapat untung cepat, Untung mestilah sekurang-kurangnya RM50 atau Rm100. Kenapa RM50, Rm100? Sebab, kalau anda jual 100 produk, yang untung RM50 dah dapat RM5000.

Kalau anda jual barang yang untung 50 sen, memerlukan 2,000,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untungRM1, memerlukan 1,000,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM5, memerlukan 200,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM10, memerlukan 100,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM20, memerlukan 50,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM30, memerlukan 33,333 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM40, memerlukan 25,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM50, memerlukan 20,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM100, memerlukan 10,000 jualan. 
Kalau anda jual barang yang untung RM1000, memerlukan 1000 jualan. 

Bandingkan jika anda hanya bekerja makan gaji sahaja. Berapa lama anda hendak mengumpul sebanyak RM1 juta.

Sekiranya anda bergaji sebulan RM1000 anda memerlukan bekerja selama 83 tahun 3 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM2000 anda memerlukan bekerja selama 41 tahun 7 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM3000 anda memerlukan bekerja selama 27 tahun 8 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM5000 anda memerlukan bekerja selama 16 tahun 6 bulan
Sekiranya anda bergaji sebulan RM10,000 anda memerlukan bekerja selama 8 tahun 3 bulan

Langkah Pertama Ingin menjadi JUTAWAN

 Nak senang mesti ada usaha bukan taknak buat apa apa hanya bersenang lenang.

 Nak senang mesti otak berjalan ,otak mesti kreatif.

 Nak senang mesti ada strategi tak perlu perah sehabis tenaga tanpa strategi.
  1. Anda cari produk atau servis yang orang selalu beli. Tak kisahlah, barang itu harganya murah atau mahal.Yang penting ada orang nak beli. Contoh yang untung sedikit seperti jual nasi lemak,kueh muih, sayur di pasar,barang makanan, rempah,sup bunjut dan lain lagi. Contoh yang untung besar  seperti jual kereta,lori,bas dan lain-lain lagi.
  2. Sekarang, senaraikan sekurang-kurangnya 10 produk.Daripada senarai tu, anda tengok, mana yang anda boleh buat sendiri. Pastikan ada, sekurang-kurangnya SATU produk!Bisnes tu nanti, kita akan mula dapat keuntungan sedikit demi sedikit.lama lama menjadi jutawan.
  3. Ok. sekarang, jalankan bisnes tadi ! Target pertama anda mesti buat super sale.Jika sales anda tak menjadi kenalah cari usaha bagaimana nak naikkan sales.Bila dapat untung,Setengah anda ambil buat belanja, setengah lagi anda guna buat modal. Modal tu, seperti, bahan mentah, flyer, iklan dan sebagainya.
  4. Untuk menjadi jutawan anda perlu melalui dulu proses  no 1,2,3 .Jika anda tidak bermula dengan yang kecil mana mungkin anda boleh bergelar jutawan.Bila anda bergelar jutawan mesti perlukan tahu selok belok perniagaan jika tidak duit yang banyak itu akan lesap begitu sahaja. Selok belok perniagaan hanya boleh di perolehi melalui pengalaman berniaga.Setiap jutawan mesti ada strategi macammana nak buat sale.Jika anda berangan nak jadi jutawan tapi tak ada strategi nak buat sale.Setakat berangan sahajalah.
  5. Strategi nak buat super sale no 1. Jika anda jual barang untung bawah RM50 dan tak ada kedai. Contoh, anda pandai buat dodol.Anda buat dulu dodoh satu kuali.Pek dan jual.Jual kat taman perumahan dahulu,kat kawan-kawan.Jika sales tak banyak buat pulak flyer tabur je kat mana-mana,buat banner pasang je kat mana-mana, gantung kat tiang,pokok dan sebagainya.Jika anda tak sanggup buat macam ni memang sales anda tak menjadi. Jika anda ada kedai juga buat perkara yang sama.Tengok strategi along pinjam wang.Walau pun kita tahu bahaya tapi ramai juga orang meminjam along. Jika anda buat produk makanan seperti tempe,cili giling,kerepek dan sebagainya mestilah  ada seorang kakitangan yang kerjanya taruk produk anda di kedai.Jika tak buat macam tu tak adalah orang nak beli produk anda.
  6. Strategi nak buat super sale  no 2. Jika anda jual batang untung RM50 ketas.Target 100 jualan dalam sebulan, anda dah dapat RM5000. Keluar rumah mesti jumpa orang,mesti mulut manis, mesti pandai cakap,mesti pandai pilih target pembeli,mesti ada flyer kecil bagi kat orang.Jika tak mampu buat sendiri kena gaji orang lain.
  7. Strategi nak buat super sale  no. 3. Bila anda dah perkenalkan produk kepada orang lain,akan ada pemborong yang akan berminat memborong barang anda.Bila pemborong dah ambil dari anda, barulah sales anda akan meningkat dan perniagaan akan mula stabil.

Bisnes Untuk Orang Sibuk

Cari Bisnes Yang Orang Lain Boleh Uruskan
1. Penghantaran produk, orang boleh uruskan
2. Pembungkusan produk, orang boleh uruskan
3. Restock produk, orang boleh uruskan
4. Customer service, orang boleh uruskan

Kita buat SOP je.

Cari Bisnes Yang Tak Perlu Cakap Banyak
1. Kerja-kerja berkaitan produk (belakang tabir) dah ada uruskan
2. Namun, kerja 'front line' atau barisan depan seperti Marketing/promosi,
kita kena turun padang
3. Nak gajikan orang buat pun tak mengapa, tapi kita tetap kena turun padang
4. Pernah makan dekat restoran/gerai, yang tuan kedai baik, tapi, bila lain kali kita makan kat kedai tu, dan takde tuan kedai, tengok pekerja dia buat macam mana kat kita. Layan macam ayam je...
5. Kita taknak bisnes kita jadi macam tu. Depan kita, baik, tapi bila kita takde, out. Benda ni pun, boleh diatasi dengan SOP
6. Ok, kenapa tak perlu cakap? Sebab, kalau bisnes yang kena banyak cakap ni, susah nak buat marketing secara online atau guna flyers.

Teknologi Automasi
1. Gunakan teknologi, untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan automatik
2. Contohnya, follow up pelanggan melalui email, guna autoresponder
3. Brand awareness dekat FB, guna FB Ads
4. Sistem SMS auto reply
5. Sistem affiliate untuk agen promosikan produk kita
6. dan lain-lain

Ramai nak buat bisnes, tapi bukan semua orang tahu buat bisnes. Masalahnya, bila tak tahu, buat-buat tahu atau tak nak ambil tahu. Akhirnya bisnes jadi macam "tahu", habis kena makan.

Sumber: simplebisnesman

No comments

Powered by Blogger.