Jangan Mudah Berkongsi 6 Alat Mekap, Ini Akibatnya Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Jangan Mudah Berkongsi 6 Alat Mekap, Ini Akibatnya Anda Kena Tahu

Gambar Hiasan

Jangan ambil mudah, perlu hati-hati ya bukan semua yang kita kongsi elok sebab barang make up yang kita kongsi dengan orang lain boleh datangkan jangkitan yang membahayakan seperti HIV!

1. Berus Solekan

Kes parah: Jangkitan kulit

Kenapa? Bakteria suka sembunyikan diri dalam berus solekan. Ia selalunya agak lembap disebabkan produk (seperti bedak asas) atau persekitaran (seperti bilik air). Kamu pinjam berus orang, kamu menempel kuman mereka pada kulit kamu dan kemudian merosakkan produk kamu.

2. Solekan Mata

Kes parah: Jangkitan mata

Mata adalah bahagian yang paling sensitif terutamanya membran mata yang basah mudah dijangkiti bakteria. Kenapa? Ia tak sama macam kulit yang ada perlindungan dan menjadikan jangkitan mata merah contohnya, sangat mudah.

3. Pisau Cukur

Kes parah: Virus bawaan darah (seperti HIV)

Setiap bahagian yang terluka terdedah kepada jangkitan yang bahaya terutama darah. Pisau cukur boleh terkena darah atau cecair yang meninggalkan bakteria pada matanya walaupun setelah dibilas. Bila terluka atau terguris, kamu terdedah kepada jangkitan staph, hepatitis dan HIV (walaupun kebarangkaliannya tipis).

4. Apa-apa produk yang dalam botol

Kes parah: Jangkitan kulit

Tangan kita tak semestinya bersih setiap masa daripada bakteria walaupun dah basuh tangan. Jadi kalau kalau main celup je tangan kan dah bawa bakteria untuk duduk dalam botol tu? Nak pula celup jari ke dalam krim yang dah rosak, habislah kulit! Cuba guna produk sendiri dan pastikan jari kamu bersih.

5. Berus Cuci Wajah

Kes parah: Jangkitan kulit

Berus solekan ni paling bahaya. Boleh kira siapa je yang basuh setiap kali lepas pakai. Ni kongsi dengan macam macam jenis kulit muka, hmm memang penuh dengan ternakan bakteria la jawabnya. Tu yang kulit jadi sensitif tu!

6. Gincu/Glos

Kes parah: Bibir pedih dan rengsa

Kenapa? Mulut (yang juga ‘bonanza bakteria’) tidak mempunyai lapisan epidermis paling luar seperti kulit, kata Julie Karen MD, pakar kulit. Ini menjadikannya mudah terkena jangkitan seperti virus herpes simplex jenis 1 (siaplah bibir pecah-pecah) dan lebih biasa, selesema.

Sumber: Sajakongsi

No comments

Powered by Blogger.