Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha - Abang Terlajak Laris


Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha


Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

InshaAllah persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan, samada hubungan diantara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, dua ayat ini bermanfaat.

Caranya: 

1.  Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:


2.  Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39:


Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. 

Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. 

Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sumber: IslamituIndah

No comments

Powered by Blogger.