Kerabu Seafood Ala Thai - Abang Terlajak Laris


Kerabu Seafood Ala Thai


Nampak sedap tak gambar dekat atas tu. Meleleh air liur kan? Hari minggu ni abang nak share kepada anda satu resepi ringkas sangat tapi membangkitkan selera uolls. 

Bahan-bahannya:-
1kg kerang
20 ekor udang
10 ekor sotong

Bersihkan & kukus semua.
3 biji tomato
1 biji bawang besar
10 biji cili kecil
Potong dadu semua.
1 senduk asam jawa
3 cawan air suam
2 cm belacan bakar
2 sb Nise/gula merah
1 sb gula pasir
2 sb sos ikan

Cara caranya :-
1. Gaul rata. Buang biji asam jawa tadi.
2. 2 biji limau nipis. Buang biji. Ambil jusnya & kulit sekali.
3. Lagi pekat kuah asam lagi sedap. Kalau suka pedas letak cili banyak lagi.

Selamat mencuba !

Sumber: Pemilik asal resepi - Noor Hamizah Ngatiman

No comments

Powered by Blogger.