'Mereka Kata Saya Tidak Boleh Pergi Jauh Sebab Tiada Diploma..' - Abang Terlajak Laris


'Mereka Kata Saya Tidak Boleh Pergi Jauh Sebab Tiada Diploma..'


Kadang kadang jeles tengok orang lain ada segulung diploma, ijazah apatah lagi gelaran Dr. tu. Tapi saya sedar diri. Saya tidak mahu menipu diri sendiri, saya tidak malu untuk mengaku hanya ada SPM. Dimana mana saya pergi untuk memberi talk saya selalu highlight kan tahap pendidikan yang saya ada. Saya nak buktikan kepada semua, tanpa segulung ijazah juga kita mampu berjaya dalam hidup dengan usaha keras.

Petikan daripada artikel www.themalaymailonline.com,

Sebut saja “terlajak laris” sudah cukup untuk memperkenalkan produknya yang sering menggunakan pendekatan jenaka dalam kebanyakan iklan.

Bagaimanapun, pemilik syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini menyimpan beberapa resipi menggapai kejayaan di sebalik kekurangan dirinya.

“Kenangan yang saya tidak boleh lupakan sehingga ke hari ini apabila saya dipandang rendah oleh mereka yang mendakwa saya tidak pandai berbahasa Inggeris.

“Mereka berkata saya tidak boleh pergi jauh sebab saya tidak ada diploma tetapi mereka sendiri tidak sangka pencapaian saya sampai ke tahap hari ini.

“Lebih menarik, apabila saya dianugerah ikon usahawan Malaysia bersama dengan Neelofa baru-baru ini,” katanya.

Aliff berkata kejayaannya pada hari ini bukanlah melalui jalan mudah tetapi atas tekad untuk mengubah nasib keluarga.

Saya nak anak anak muda sekarang kuat berusaha memajukan diri tiadak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan. Beranikan diri menceburi bidang peniagaan yang diminati. Belajar selok belok perniagaan. InshaAllah anda akan berjaya sama seperti saya lakukan suatu ketika dahulu.

2 comments:

Powered by Blogger.