Nak Bahagia, Pastikan 6 Ciri Ini Ada Pada Pasangan Anda - Abang Terlajak Laris


Nak Bahagia, Pastikan 6 Ciri Ini Ada Pada Pasangan Anda


Jika nakkan hubungan yang bahagia, pasangan anda tu mestilah seorang yang mampu mempertahankan hubungan dan tak mudah melatah jika ada masalah. Kalau masa bercinta pun sikit-sikit minta putus walaupun masalah remeh, susah juga tu.

1. Berperwatakan kelakar, tak serius je
Kalau pasangan anda tu selalu buat anda tersenyum dan ketawa, dia adalah orang yang tepat. Bila ada masalah, tengok je mereka, lupa masalah buat seketika. Kalau dapat yang serius memanjang, memang stres.

2. Komitmen berpasangan
Jika pasangan anda tu sudah bersedia untuk memberikan komitmen pada pasangan, itu tandanya dia memang sayangkan anda dan bersedia untuk memikul tanggungjawab suami/isteri.

3. Penampilan menarik, baru la sedap mata memandang
Penampilan sangat penting. Jangan la masa bekerja je nak nampak segak dan cantik, tapi depan pasangan selekeh je memanjang. Masa kahwin nanti boleh hilang selera.

4. Tak kejar kesempurnaan, terima seadaanya
Jika si dia terima segala kekurangan anda dan anda juga mampu menerima kekurangan pasangan anda, itu adalah kunci kebahgiaan sebuah hubungan.

5. Jadi pendengar yang baik
Dalam perhubungan, bukan je kasih sayang jadi ukuran, tapi persefahaman juga penting. Jika ada masalah, masing-masing sedia mendengar dan menjadi tempat untuk meluahkan sesuatu.

6. Diterima keluarga
Restu ibu bapa sangat penting dalam perhubungan. Jika pasangan anda mampu menyayangi dan menghormati keluarga anda, semestinya mereka adalah pilihan yang tepat.

No comments

Powered by Blogger.