Nak Rambut Lurus Tanpa Perlu Ke Salon, Hanya Guna 4 Cara Ni Saja - Abang Terlajak Laris


Nak Rambut Lurus Tanpa Perlu Ke Salon, Hanya Guna 4 Cara Ni Saja


Rambut adalah mahkota bagi wanita. Penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, kulit kepala rosak, rambut kering dan banyak lagilah masalah yang timbul.

Tahukah anda, bahan semulajadi yang terdapat di rumah juga boleh digunakan untuk sihat, bersinar dan lurus?

Apa kata korang cuba cara ni..

1. Aloe Vera
Aloe vera dapat menjadikan rambut lembut serta lembap. Terdapat enzim yang boleh membantu pertumbuhan rambut.

Cara-caranya:

Campurkan setengah cawan gel aloe vera dengan minyak zaitun yang suam

Sapu pada kulit kepala serta rambut sambul urut perlahan-lahan

Bungkus kepala anda dengan showercap dan biarkan selama dua jam, lepas tu cuci.

2. Susu
Susu juga mengandungi pelembap semulajadi.

Cara-caranya

1. Campur setengah cawan susu (susu kotak) dengan setengah cawan air putih

2. Masukkan susu tersebut ke dalam botol

3. Sikat rambut dan sembur campuran tadi pada rambut

4. Biarkan selama 30 minit, kemudian syampu dan bilas.

3. Minyak Kelapa
Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut sihat. Haba yang dihasilkan dapat mengawal rambut yang beralun untuk lurus.

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dengan menggunakan microwave selama 20 saat

2. Sapu minyak SUAM ke rambut dan urut kepala anda selama 15 hingga 20 minit

3. Sikat rambut anda gar minyak diserap dengan sekata

4. Bungkus rambut anda dengan tuala panas selama 30 – 40 minit. Kemudian, syampu dan bilas.

5. Sikat rambut sebelum ia dikeringkan

4. Telur dan Minyak Zaitun
Telur membantu menjadikan rambut sihat dan bersinar. Minyak zaitun pula memberi kelembapan pada rambut anda.

Cara-caranya

1. Pukul sebiju telur dan masukkan empat sudu mintak zaitun

2. Sapu pada rambut dan kulit kepala

3. Sikat rambut anda guna sikat jenis bergigi jarang

4. Balut kepala dengan shower cap selama 30 hingga 40 minit. Kemudian, syampu dan bilas.

Sumber: Sirap Limau

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.