Rahsia Diet Rasulullah SAW - Abang Terlajak Laris


Rahsia Diet Rasulullah SAW


Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.

Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :

Baginda tidak makan daging bersama susu ;

Baginda tidak makan ikan bersama daging ;

Baginda tidak makan ikan bersama susu ;

Baginda tidak makan ayam bersama susu ;

Baginda tidak makan ikan bersama telur ;

Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;

Baginda tidak makan cuka bersama susu ;

Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)

Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;

Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;

Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah;

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Kesan dari cara pemakanan sebegini akan lebih jelas untuk jangka masa yang panjang iaitu apabila kita sudah tua nanti.

Di dalam kitab juga ada melarang kita daripada makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 

Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama susu, kerana kita akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh ilmuan yang membuat penemuan bahawa dalam daging ayam terkandung ion + manakala di dalam ikan pula terkandung ion -, dan jika makanan tersebut bercampur maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit).

Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.

Sumber: jomdiet

No comments

Powered by Blogger.