Nak Ayam Masak Merah Tomato Jadi Lebih Sedap, Jom Cuba Ni.. - Abang Terlajak Laris


Nak Ayam Masak Merah Tomato Jadi Lebih Sedap, Jom Cuba Ni..


Siapa sini suka makan ayam masak merah tomato? Biasa budak budak suka makan menu ni sebab ayam. Tak de la rumit mana nak sediakan cuma bahan bahan banyak sikit. 

Bahan-bahan:
Seekor ayam, dipotong mengikut saiz yang anda mahukan.
2 helai daun salam
3 cili besar dipotong memanjang
400 gram tomato (dicincang halus)
400 ml air
2 sudu besar minyak untuk menumis
5 biji bawang merah (besar) – dikisar
3 biji bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
2 batang serai – diketuk-ketuk
5 sudu besar cili kering (yang sudah dikisar)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk lada sulah
sedikit garam,gula, kicap manis dan serbuk perasa.


Cara cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia yang sudah dikisar tadi bersama cili besar yang dipotong memanjang serta duan salam hingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar, sos tomato, serbuk lada sulah, garam, gula, kicap manis dan serbuk perasa serta serai.
4. Biarkan ia sebati, tambah sedikit air jika ia terlalu mengering.
5. Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ia berubah warna.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga meresap dan masak.
7. Pastikan anda memasaknya dengan menggunakan api yang kecil sehingga kuahnya kering sedikit.
8. Hidangan ini menjadi lebih nikmat apabila disajikan dengan nasi yang masih panas.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.