Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bersama Petai - Abang Terlajak Laris


Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bersama Petai


Bahan-bahan:

1/2 kg daging
Serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
5 papan petai (amik isi sahaja)

*Santan
*Kunyit hidup
*Bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
*Cili padi 5-6 biji
*Cili besar 1 biji
*Sedikit belacan

Serai (diketuk)
Asam keping
Garam
Buah tomato (belah 6)
Cili besar hijau (belah 2)

Cara Cara:

1) Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dah siap salai/bakar,hiris nipis nipis.
2) Kisarkan bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk.
3) Kemudian masukkan daging dan serai.
4) Masak dgn api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika.
5) Sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato.
6) Sedia hidang. Nak bg harum tmbah hirisan daun kunyit.

Selamat mencuba.

Sumber: Resepi sedap

No comments

Powered by Blogger.