Nak Mee Kuah Daging Lagi Sedap, Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Mee Kuah Daging Lagi Sedap, Cuba Cara Ni


Nampak sedap kan gambar diatas ni? Ni nama dia mee kuah daging. Ingat kan susah nak buat, rupanya senang je. Jom buat!

Bahan Kuah
*1 biji bawang holland
*1 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*1/2 inch halia
*2 biji tomato
Cili kering kisar 
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging 
Asam keping
1 tin tomato soup 
Susu pekat
Garam 
Gula
Ajinamoto
Sos cili

Cara caranya: 
1. Potong semua bahan bertanda *, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu kisar semua bahan.
2. Dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus sekali kentang dan keledek.
3. Agak agak kentang keledek dah empuk, angkat pastu kisar.
4. Masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping, kentang yang dah kisar tadi, garam, ajinamoto, 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
5. Agak agak dah mendidih balance dengan gula. Adjust sendiri rasa.
6. Biarkan mendidih.

Resepi oleh: Ika Shahar

No comments

Powered by Blogger.