Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api..Sedapnya.. - Abang Terlajak Laris


Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api..Sedapnya..


Tengok gambar dah meleleh air liur kan ? Ada tak yang suka makan Perut Lembu Masak Lemak Cili Api ni ? Favorite saya ni. 

Resepi ini sangatlah sedap sehingga dapat menyentuh kalbu korang. Bagi peminat dan penggemar perut lembu, tidaklah sukar untuknya memasak hidangan yang lazat ini.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang boleh memasak hidangan ini kerana mereka tidak dapat hilangkan rasa hanyir atau bau yang tidak menyenangkan yang datang daripada perut lembu tersebut justeru membuatkan masakan itu jadi tidak sedap. 

Saya ingin kongsikan cara-cara untuk memasak hidangan ini supaya masakan anda lebih sedap,berlemak malah padu.

Bahan bahan:
Perut lembu (direbus dan ditoskan juga dipotong)
1 asam keping
2 helai daun limau purut
Garam

Bahan kisar:
10 - 15 cili padi (ikut pedas disukai)
2 batang serai
1/2 inci halia
Sedikit lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 bawang merah
3 bawang putih
Santan secukupnya

Cara cara:
1. Kisar kesemua bahan kisar bersama santan. Jika mahu kuah berwarna sedikit kemerahan, tambahkan sedikit cili kisar atau cili merah.




2. Masukkan sedikit sahaja minyak dan panaskan sehingga betul betul panas dengan api perlahan. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih.


3. Perut dipotong kecil kecil. Masukkan perut, garam, asam keping dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan yang sedang mendidih.


4. Masukkan baki santan dan masak sehingga pekat sesuai dengan kepekatan yang kita suka. Sesuaikan rasa dan boleh lah diangkat.


5. Siap


p/s : gambar step nak masak ni daripada blog Azie Kitchen

No comments

Powered by Blogger.