Resepi Siakap Tiga Rasa Terlajak Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Siakap Tiga Rasa Terlajak Sedap


Hari ni abang nak kongsikan resepi Siakap Tiga Rasa Terlajak Sedap. Senang je nak buat. Campak campak je. Ok, meh saya kongsikan resepi. Pertamanya kita kena sediakan bahan bahannya dulu.

Bahan bahan:
  • 1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng) 
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak - untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
  • 1/2 kuntum bunga kantan (option)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum - guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis

Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

No comments

Powered by Blogger.