Rupanya Kaki Ayam Mempunyai 6 Khasiat Yang Ramai Orang Tak Tahu - Abang Terlajak Laris


Rupanya Kaki Ayam Mempunyai 6 Khasiat Yang Ramai Orang Tak Tahu


Kaki ayam? Rasanya ada kalangan korang yang jijik kan nak makan kaki ayam ni? Tapi tahukah korang sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. 

1-Kaki ayam kaya kologen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
  • membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
  • kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
  • kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
  • kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh

2-Kurangkan risiko tulang rapuh
Kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3-Sembuhkan cedera
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni

4-Saluran pencernaan sihat
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

5-Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6-Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

Sumber: gegar.thr.fm

No comments

Powered by Blogger.