'Saya Pernah Diludah Kerana Suara...' - Abang Terlajak Laris


'Saya Pernah Diludah Kerana Suara...'


Tidak mudah untuk berjaya, pelbagai halangan dan dugaan untuk menikmati kesenangan hidup. Sebenarnya apa yang ada hari ini datangnya daripada pengalaman kesusahan, cabaran dan hinaan yang dihadapi sendiri.  

Untuk sampai tahap sekarang, yang beri saya kekuatan adalah cabaran. Saya percaya sebenarnya untuk menjadi orang hebat perlukan hati yang kental, untuk dapat hati yang kental kita perlukan cabaran yang hebat.

Hidup saya ketika kecil juga susah, tambahan ibu dan ayah telah bercerai, menyebabkan saya berdikari sejak kecil, apabila berniaga dari darjah satu hingga darjah enam.

Orang lain belanja sehari RM2 tetapi saya belanja sehari 10 sen. Orang lain bawa satu beg ke sekolah tetapi saya bawa dua beg ke sekolah, di mana terisi jeruk dan kacang untuk dijual.

Mungkin ramai lagi yang tak tahu saya yang menghidap penyakit disleksia dan terpaksa berdepan hinaan dan kecaman sejak zaman kanak-kanak lagi.  

Bila saya dah besar berumur 22 tahun, baru saya tahu saya ada penyakit tersebut. Sejak kecil, saya tidak tahu mana kiri dan kanan, tidak ingat nombor kad pengenalan dan mudah lupa.

Sekarang ini masih juga saya alami. Di sebabkan itu, jika iklan di televisyen atau berlakon, saya tidak melihat skrip. Saya ingat apa yang ingat dan saya percaya untuk berjaya jangan beri banyak alasan dan percaya pepatah jika kita ingin rasa manisnya madu, kita perlu rasai sakitnya disengat lebah.

Biarpun pelbagai tohmahan pernah dilontarkan kepada usahawan muda ini, Aliff Syukri tidak pernah mengalah.

Paling saya tidak dapat lupakan, adalah saya nak berniaga tetapi duit tak ada.

Orang memandang rendah pada saya kerana faktor umur, apabila saya mahu berjumpa dengan orang, orang persoalkan siapa saya? Ada pangkat Datuk? Kerja apa? Seolah-olah tiada yang sudi memandang.

Tambahnya, paling terkesan apabila ada juga mengutarakan ayat bahawa orang lelaki tidak boleh berjaya dalam perniagaan kosmetik.

Jika adapun, dia adalah pondan! Dan orang yang biasanya dalam perniagaan kosmetik adalah orang Indonesia.

Tohmahan itu pernah melemahkan saya dan pernah juga orang kata mereka tidak menyukai suara saya dan pernah ludah di hadapan saya kerana suara saya.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.