'Saya Terkesan..Terima Kasih Isteriku...' - Abang Terlajak Laris


'Saya Terkesan..Terima Kasih Isteriku...'


Orang hanya melihat apa yang sudah saya capai sekarang, mereka tidak tahu bagaimana abang mula berjinak jinak dalam bidang perniagaan dulu. Seribu ranjau dugaan dah abang lalui. Ianya tidak mudah. Keadaan ekonomi semasa dalam negara boleh memberi impak kepada perniagaan sebenarnya kerana ia melibatkan permintaan pasaran. Jadi, sebagai ahli perniagaan kita kena sentiasa alert dengan keadaan semasa.

Stress, Inilah kehidupan. Kita perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya kita merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar dan derita. Kita juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri kita. Saya akui saya sendiri terkesan dengan kenaikkan harga barang yang secara mendadak menjadi masalah untuk semua pihak.

Tetapi saya pasti kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan untuk seseorang untuk lebih dewasa. Setuju atau tidak semua perkara kita perlu share kepada public. Tapi nasib baik ada orang yang kuat dibelakang saya iaitu isteri saya yang ada dikala saya susah dan senang. Semoga Allah permudahkan liku liku kehidupan hamba-Mu yang kerdil ini melalui dugaan yang sungguh mencabar. 


No comments

Powered by Blogger.