Suami Adalah Pemimpin Buat Isteri - Abang Terlajak Laris


Suami Adalah Pemimpin Buat Isteri


Siapakah yang tidak ingin bersuamikan seorang lelaki yang baik, sempurna dan lengkap pakejnya?

Kalaulah ditanya kepada golongan wanita, pasti mereka akan menginginkan sedemikian. Ini kerana, peranan seorang suami cukup besar untuk mengemudi dan membawa hala tuju rumah tangga ke arah mencapai keredhaan Allah SWT.

Pastinya isteri berasa cukup selamat sekiranya yang menjadi ketua keluarga itu seorang lelaki yang benar-benar layak. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran tentang peranan seorang lelaki atau suami. Yang mana mereka ini adalah orang yang bertanggungjawab untuk memimpin kaum wanita serta tanggungan di bawah jagaannya.

Sebagaimana firman-Nya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi  nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” al-Nisa’: 34

Seorang suami, sama sekali tidak boleh bersikap ‘acuh tak acuh’ dalam memikul amanah ini. Kegagalan dalam merealisasikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT ini akan menyebabkan berlakunya banyak kepincangan dalam rumah tangga.

Seorang suami yang baik juga perlulah memastikan dirinya benar-benar memahami apakah sebenarnya peranan yang perlu dimainkan sebagai ketua keluarga. Sikap seperti tidak ambil peduli, kurang mesra, buat hal sendiri, diktator dan berkelakuan kasar terhadap tanggungannya perlu dijauhkan sama sekali.

Sumber: pesonapengantin

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.