10 Khasiat Ini Anda Patut Makan Belut! - Abang Terlajak Laris


10 Khasiat Ini Anda Patut Makan Belut!


Makan tak belut? Kalau tengok yang masih hidup geli jugak kan? Tapi bila dah siap masak siap menambah pulak tu. Belut ni banyak tau khasiatnya untuk kesihatan kita. Bukan untuk kaum adam sahaja, kaum wanita pun boleh menikmatinya juga. Disini abang nak kongsikan 10 khasiat tentang belut ni. 

1- Mengelakkan masalah Anemia. Terdapat kandungan zat besi dimana fungsinya cukup baik untuk mencegah tubuh kekurangan sel darah merah (hemoglobin) dan juga masalah lain yang berkaitan seperti tubuh lemah, sering pusing, dan lain lain.

2- Melancarkan peredaran atau peredaran darah dalam tubuh. Manfaat ini berkaitan dengan zat besi dimana boleh mencegah penggumpalan darah dan juga mencegah hipertensi.

3- Menambah dan mengembalikan stamina khususnya bagi kalangan lelaki yang lemah serta letih akibat kerja.

4- Menjaga kesihatan mata serta mengembalikan kejernihan pandangan. Baik untuk mencegah rabun atau mata minus.

5- Baik untuk ibu menyusu, keperluan pemakanan bagi janin khususnya dalam meningkatkan pertumbuhan bayi.

6- Menguatkan tulang, gigi, dan juga kuku. Baik juga pertumbuhan kanak-kanak, dan mencegah terjadinya pereputan tulang (osteoporosis).

7- Baik untuk ibu hamil yang ingin menjaga dan memaksimumkan pertumbuhan janin dalam kandungan. Hal ini kerana belut kaya akan asid folat dan protein di mana dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan khususnya sistem saraf dan otak. Belut juga dipercayai boleh memudahkan proses melahirkan.

8- Menguatkan sistem imun dalam menjaga kesihatan sehingga tidak mudah sakit atau diserang penyakit.

9- Menghangatkan badan dan juga mengatasi pelbagai masalah sistem pencernaan.

10- Menambah selera makan.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.