20 Petua Memasak Yang Perlu Anda Tahu - Abang Terlajak Laris


20 Petua Memasak Yang Perlu Anda Tahu


Siapa yang suka memasak dan mencuba resepi baru? Dalam memasak juga ada beberapa koleksi petua memasak yang perlu anda tahu. Kalau tidak diamalkan sepenuhnya, cukup sebagai ilmu, mana tahu akan berguna suatu masa nanti. Tidak kepada anda tetapi kepada orang lain yang akan anda bantu. 

Abang kongsikan beberapa koleksi petua berkaitan aktiviti memasak didapur yang boleh dijadikan rujukan. 

1. Petua Menghilangkan Rasa Masin dalam Gulai
Untuk menghilangkan rasa masin, ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan ke dalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian, masukkan hampas yang berikat tersebut ke dalam periuk yang berisi gulai, Biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

2. Cara Memasak Air dengan Cepat
Untuk memasak air dengan lebih cepat, masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air. Kemudian masak. Air anda akan masak dengan lebih cepat.

3. Petua Mengelak Daripada Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, Kemudian tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 6 minit, Nasi akan masak.

4. Cara Untuk Mempercepatkan Kacang Hijau yang Direbus Kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang, masukkan 1 atau 2 sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Anda tidak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.

5. Petua Memasak Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak.

6. Bagaimana Jika Nasi Hangit
Biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas,

7. Cara Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

8. Tips dan Petua Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

9. Menghilangkan Bau Cili Semasa Memasak
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung anda. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari ke dalam masakan anda, Bau yang memedihkan akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.

10. Tips Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.

11. Cara Memekatkan Kuah
Untuk memekatkan kuah, masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.

12. Memekatkan Sup
Untuk memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

13. Petua Menggoreng Ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

14. Merasa Garam dalam Masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

15. Menjernihkan Minyak Masak
Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tersebut, Pasti minyak itu akan menjadi jernih semula.

16. Merangupkan Ayam Goreng
Untuk mengekalkan kerangupan ayam goring, masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Selepas itu, gorenglah ayam seperti biasa.

17. Petua Memasak Ayam Goreng Lebih Sedap
Untuk memastikan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.

18. Nasi Tidak Berbau Hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. Bau hangit akan hilang.

19. Masalah Kuali Melekat
Sebelum menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Kuali anda tidak akan melekat. Juga, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

20. Pekatkan Kuah
Untuk memastikan makanan menjadi likat, tambahkan samaada gula atau keledek yang telah dilenyek ataupun sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan.


Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.