4 Janji Lelaki Apabila Anda Sudah Menikahi Wanita, Masih Ingatkah? - Abang Terlajak Laris


4 Janji Lelaki Apabila Anda Sudah Menikahi Wanita, Masih Ingatkah?


Menikahi seorang wanita tidak semudah disangkakan. Anda ada tanggungjawab hendak dipikul. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi pasangan. Apabila seorang lelaki menikahi seorang wanita, dia secara automatik telah mengikat 4 janji, iaitu:

1- Janjinya kepada ALLAH untuk menunaikan hak isterinya dan membimbing isterinya dalam redha ALLAH.

2- Janjinya kepada ibu bapa mertua untuk menjaga anak mereka dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

3- Janjinya kepada isteri untuk tidak menyakitkan hati isteri dan membahagiakan dirinya.

4- Janjinya kepada diri sendiri untuk menjadi suami yang baik, soleh dan imam kepada isterinya.

Tapi ramai suami yang lupa janji-janji ini.

Satu kita (suami) kena ingat, semua akan dipersoalkan di Akhirat.. Bersedialah dengan jawapan masing-masing.

No comments

Powered by Blogger.