4 Khasiat Pokok Semalu Yang Anda Tak Tahu - Abang Terlajak Laris


4 Khasiat Pokok Semalu Yang Anda Tak Tahu


Kenal tak pokok semalu ni? Pokoknya berduri dan bila disentuh daunnya ia 'malu' lalu menguncup. Hehe. Jangan main main pokok ini berduri.

Namun sebenarnya banyak khasiat terkandung dalamnya.
Jadi abang nak kongsikan kepada anda semua khasiatnya pokok ini. 

Pertama:
Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. 

1. Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
2. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan.
3. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,

Sumber daripada Pangkin Nenek

Kedua:
Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.

Sumber daripada uttervin4u

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Ketiga:
Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu). 

Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan air' atau istilah saintifiknya Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. 

Sumber daripada Greenfingers

Keempat: 
Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.

Sumber daripada Forrest Dweller

No comments

Powered by Blogger.