7 Perkara Ini Perlu Anda Pertimbangkan Untuk Beli Kereta Baru - Abang Terlajak Laris


7 Perkara Ini Perlu Anda Pertimbangkan Untuk Beli Kereta Baru


Nak beli kereta baru? Kereta yang macam mana? Banyak keperluan yang anda perlu fikirkan. Terutamanya kemampuan kita lah. Saya nak share kan 7 perkara ini patut anda pertimbangkan. 

1 - Survey atas jalan raya. 
Masa anda sedang memandu kereta di jalan raya cuba anda ushar-ushar kereta yang mana anda mungkin berkenan. Kadang kala, di tempat letak kereta pun anda boleh jamu mata. Lebih-lebih lagi di tempat letak kereta pusat membeli belah. Anda boleh lihat kereta yang yang mungkin menarik hati anda secara dekat. 

2 - Buat 'research'. 
Tanya kawan-kawan, tanya jiran, tanya ahli keluarga, tanya sesiapa yang mungkin ada pengalaman menggunakan jenama kereta yang anda mahu beli ini. Sesetengah jenama sinonim dengan beberapa masalah yang selalu dihadapi pembeli mereka. Lagi bagus jika anda baik dengan mekanik kereta, tanya jikalau jenama kereta yang anda berkenan ini sering dihantar ke bengkel atas masalah besar atau tidak. 

3 - Ambil masa untuk fikir. 
Sebelum bersetuju atau menandatangani mana-mana perjanjian, tidak mengapa jika anda mahu mengambil masa untuk berfikir dahulu. Harga kereta bukannya RM150 atau RM200, dan komitmen bukannya selama seminggu sahaja. Harga kereta mahal dan melibatkan komitmen bertahun. Anak dah masuk sekolah darjah satu pun, belum tentu kereta dah habis bayar. Jadi, tak apa jika anda mahu balik rumah, fikir elok-elok atau solat istikharah jika anda mahu. 

4 - Minyak. 
Harga minyak dunia sekarang ini tidak menentu. Sekejap naik, sekejap turun. Sekejap naik balik, kadang kala tak turun-turun balik. Jadi, pastikan penggunaan minyak petrol kereta pilihan anda bersesuaian dengan bajet yang anda ada. Jika tempat kerja anda jauh, lebih sesuai gunakan kereta yang tidak guna banyak sangat minyak. 

5 - Deposit. 
Well, semua orang mungkin tahu tentang perkara ini. Tapi tidak ada salahnya ingatkan anda lagi sekali. Ada juga tawaran untuk membeli kereta tanpa deposit. Tergoda sikit kan? Hah. Jangan tergoda sangat tau. Makin sedikit deposit, makin banyaklah yang anda perlu bayar dikemudian hari. Jadi, lebih baik masa anda beli kereta itu, anda boleh bayar deposit banyak sedikit supaya anda boleh singkatkan tempoh bayaran. Lantas, meminumkan kadar faedah yang anda perlu bayar. 

6 - 'Maintenance'. 
Macam anda, kereta juga ada makanannya - tayar perlu ditukar, kereta perlu diservis, insurans dan cukai jalan perlu dibayar. Selain daripada insurans bulanan, ada bulan anda mungkin perlu berbelanja besar sedikit untuk kereta anda. Pastikan anda bersedia untuk situasi-situasi ini. Dalam satu tahun pertama mungkin tiada masalah. Masuk tahun kedua, anda kena bersedia untuk hal-hal sebegini. Jika mahu menukar dua biji tayar pun, boleh buat anda terpaksa mengikat perut. Mungkin anda perlu menimbang semula jenis kereta yang anda mahu beli. Tak apa ya, nanti dah makin stabil, anda boleh tukar kereta yang anda betul-betul idamkan. 

7 - Test drive. 
Jangan risau, jangan takut. Pandu uji kereta yang anda mahu beli dahulu. Kadang kala mungkin nampak cantik di mata. Tapi bila dah cuba pandu, rasa tak 'kena' dengan jiwa. Jadi, sebelum anda membuat 'big purchase' ini, pandu uji dahulu kereta anda. 

Sumber: Honda Malaysia

No comments

Powered by Blogger.