8 Sebab Ini Ibubapa Kena Selalu Peluk Anak Mereka - Abang Terlajak Laris


8 Sebab Ini Ibubapa Kena Selalu Peluk Anak Mereka


Tak kisah berapa usia anak anda, mereka masih lagi memerlukan pelukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Nampak macam tak ada apa-apa tapi hakikatnya pelukan ibu ayah ada kuasa magis yang hebat!

1. IQ Anak Lebih Hebat
Pelukan adalah salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

2. Kuatkan Kasih Sayang
Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak tahu yang kita sayangkan dia. Kasih sayang yang dicurahkan melalui pelukan akan terus bercambah.

3. Mengurangkan Rasa Tertekan
Dia akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela. 

4. Meningkatkan Keyakinan Diri
Anak yang menerima pelukan ibu dan ayah akan lebih berkeyakinan dalam sebarang perkara yang ingin dilakukan.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

5. Meningkatkan Hormon Gembira
Pelukan kasih sayang mampu meningkatkan hormon gembira dalam diri anak. Anak yang gembira akan lebih mudah belajar dan seronok melalui pengalaman baru setiap hari dan kurang meragam.

6. Menguatkan Sistem Imunisasi
Bila anak tidak sihat, dia sangat perlukan pelukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Selain daripada makan ubat, pelukan juga mampu menjadi ubat paling mujarab dengan izin Allah.

7. Merangsang Perkembangan Anak
Anak yang selalu dipeluk terutama bayi yang sedang melalui perkembangan pesat akan mudah belajar banyak perkara seperti cepat berjalan, bercakap dan bermacam lagi kebolehan.

8. Mengawal Emosi Negatif
Biasanya anak yang cukup kasih sayang dan selalu dipeluk akan kurang meragam dan mudah mendengar cakap. Mereka juga akan lebih positif dan bijak menyesuaikan diri mengikut situasi.

Sumber: Pa&Ma

No comments

Powered by Blogger.